AIM-7 Sparrow

From Wikipedia, the free encyclopedia

AIM-7 Sparrow
Remove ads

AIM-7 Sparrow adalah sebuah peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana, panduan radar separa aktif yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, selain pelbagai tentera udara dan laut negara sekutu. Sparrow dan terbitannya menjadi sebuah peluru berpandu udara ke udara melangkaui ufuk Barat yang utama pada akhir 1950-an sehingga tahun 1990-an. Ia masih digunakan dalam perkhidmatan walaupun mula dikeluarkan secara berperingkat dalam penerbangan tentera udara bagi memberi lalu kepada peluru berpandu AIM-120 AMRAAM yang lebih canggih. Pasukan bersenjata Jepun masih lagi menggunakan Sparrow, meskipun penggunaannya mula digantikan dengan peluru berpandu Mitsubishi AAM-4.

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...

Sparrow digunakan sebagai asas dalam membangunkan peluru berpandu permukaan ke udara, RIM-7 Sea Sparrow yang mana digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat untuk pertahanan udara pada kapal-kapalnya.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads