APCO Worldwide

From Wikipedia, the free encyclopedia

APCO Worldwide
Remove ads

APCO Worldwide ialah sebuah firma perunding perhubungan yang berpangkalan di Washington, D.C., Amerika Syarikat. APCO mempunyai 29 pejabat cawangan di seluruh dunia.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Remove ads

Kontroversi 1Malaysia

Pada 18 Mac 2010, nama syarikat perunding ini disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parlimen berhubung gagasan 1Malaysia meniru One Israel.

Pada 30 Mac, syarikat itu menafikan peranan APCO mengilhamkan 1Malaysia. APCO dilantik oleh kerajaan Malaysia sebelum 1Malaysia muncul. Peranan APCO ialah memberi khidmat perunding untuk meningkatkan nama negara Malaysia. Firma perunding ini juga menafikan bahawa ia mewakili kerajaan Israel atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan tidak terlibat dengan kempen 1Israel.[1]

Surat kenyataan penafian ini juga telah diedarkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kepada wartawan di lobi parlimen. Beliau juga mencabar Anwar jangan berselindung di sebalik kekebalan Parlimen tetapi hendaklah mengulangi di luar parlimen.[2]

Pada 13 April 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mengesah dan menjelaskan bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dengan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta. Penjelasan bertulis itu diberikan kepada Tian Chua (PKR-Batu)[3]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads