Dolar Amerika Syarikat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dolar Amerika Syarikat
Remove ads

Dolar Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States dollar; kod mata wang: USD) ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk tanda dolar yakni $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.

Fakta Segera Dolar Amerika Syarikat دولر أميريک شريکت, ISO 4217 ...

Diterima guna sejak 6 Julai 1785,[5] dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa.[6] Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya.[7] Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara,[8] menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran.[9] Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.[10][11]

Remove ads

Nota

  1. terutamanya di kawasan tumpuan pelancong
  2. Alongside Ecuadorian centavo coins
  3. Alongside Panamanian balboa coins
  4. bersama centavo Timor

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads