Kepulauan Marshall
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Republik Kepulauan Marshall adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik bahagian barat. Kepulauan Marshall bersempadan dengan Nauru dan Kiribati di sebelah selatan, Micronesia di barat, dan Pulau Wake di utara.
Kepulauan ini mendapat namanya dari John Marshall, seorang peneroka dan kelasi Tentera Laut Diraja British yang melawat kawasan tersebut pada 1788.
Remove ads
Sejarah
Antara 1946 dan 1958, Amerika Syarikat menguji 67 senjata nuklear di Kepulauan Marshall,[1] termasuk ujian nuklear terbesar pernah dijalankan A.S., Castle Bravo.[2] Pada 1956, agensi kerajaan AEC menganggap kepulauan ini sebagai "tempat paling tercemar di dunia".[3]
Geografi
Kepulauan Marshall ialah sebuah negara maritim denga sebahagian besar wilayahnya berupa perairan. Kepulauan ini terletak di antara Hawaii dan Australia.[4] Selain itu, Kepulauan Marshall terletak di sebelah utara Nauru dan Kiribati, sebelah timur Persekutuan Mikronesia, dan sebelah selatan Pulau Wake. Kumpulan atol dan pulau membentuk dua kelompok: Ratak atau (matahari terbit, timur) dan Ralik (matahari terbenam, barat). Kedua-dua gugusan pulau tersebut terbentang dan bersambungan antara satu sama lain serta terbentang dari barat laut ke tenggara, yang memiliki luas perairan 1,900,000 kilometer persegi dan luas daratan hanya 180 kilometer persegi.[4] Kepulauan Marshall terdiri dari 29 buah atol dan 5 pulau terpencil. Siklon tropika kadang-kadang melanda kepulauan ini.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

