A Walk to Remember (novel)

From Wikipedia, the free encyclopedia

A Walk to Remember (novel)
Remove ads

A Walk to Remember merupakan sebuah novel romantik oleh pengarang dari Amerika, Nicholas Sparks dan dikeluarkan pada Oktober 1999. Cerita ini berlatar belakangkan sekitar tahun 1958 hingga 1959 di Beaufort, Carolina Utara selain daripada kisah dua orang remaja yang bercinta walaupun terdapat perbezaan personaliti. Novel ini telah diadaptasi kepada filem dengan menggunakan nama yang sama.

Fakta Segera Umum, Pengarang ...
Remove ads

Penulisan

Beliau menulis manuskrip untuk A Walk to Remember, yang juga novel ketiganya pada musim panas tahun 1999. Beliau menulisnya di Carolina Utara yang juga menjadi latar belakang novel ini.[1] Novel pertamanya iaitu The Notebook merupakan prolog kepada A Walk to Remember yang ditulis akhir sekali.[2] Tajuk A Walk to Remember diambil sempena salah satu daripada baris perkataan pada halaman akhir novel tersebut: "In every way, a walk to remember."[3][4] Novel ini dtulis secara satu watak, dan pengisahnya merupakan remaja yang berumur 17 tahun dan hidup pada sekitar tahun 1950-an.[1]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads