Abad ke-9 SM

abad From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads


Abad ke-9 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 900 SM hingga 31 Disember 801 SM dalam kalendar Gregory.

Fakta Segera Milenium:, Garis masa: ...
Remove ads

Peristiwa

Thumb
Raja Jehu dari Kemaharajaan Israel tunduk di depan Shalmaneser III dari Assyria.
  • 895 SM - Kemangkatan Raja Xiao dari Zhou, raja Dinasti Zhou of China.
  • 894 SM - Raja Yi dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 892 SM - Megacles, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 30 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Diognetus.
  • 891 SM - Tukulti-Ninurta II mewarisi bapanya, Adad-nirari II, sebagai raja Assyria.
  • 889 SM - Takelot I mewarisi bapanya, Osorkon I, sebagai raja Mesir.
  • 884 SM - Assurnasirpal II mewarisi bapanya, Tukulti-ninurta II, sebagai raja Assyria.
  • 879 SM - Kemangkatan Raja Yi dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
  • 878 SM - Raja Li dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 874 SM - Osorkon II mewarisi Takelot I sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir.
  • 874 SM - Ahab menjadi raja Israel (tarikh anggaran).
  • 872 SM - Banjir Sungai Nile yang luar biasa melitupi lantai Candi Luxor.
  • 865 SM - Kar Kalmaneser ditaklukkan oleh Shalmaneser III, raja Assyria.
  • 864 SM - Diognetus, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 28 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Pherecles.
  • 863 SM - Kota Bath diasaskan, dan dinamai sempena nama mata-mata air panas yang dikatakan boleh merawat penyakit kusta.
  • 860 SM - Kemaharajaan Urartu disatukan.
  • 858 SM - Aramu menjadi raja Urartu.
  • 858 SM - Shalmaneser III mewarisi Assurnasipal II sebagai raja Assyria.
  • 854 SM (atau 853 SM) - Pertempuran Karkar - Pertempuran yang tidak muktamad antara Shalmaneser II, raja Assyria, dengan perikatan ketenteraan raja Damascus dan kuasa-kuasa yang lebih kecil, termasuk puteri dari Tyre.
  • 850 SM - Takelot II mewarisi Osorkon II sebagai Raja Mesir.
  • 845 SM - Pherecles, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 19 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Ariphron.
  • 842 SM - Shalmaneser III memusnahkan wilayah Damascus; Israel dan kota-kota Phoenicia membayar ufti.
  • 841 SM - Kemangkatan Raja Li dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
  • 841 SM - Rekod oleh Ahli Sejarah Agung menganggap tahun ini sebagai tahun pertama untuk pentarikhan tahunan yang berturut-turut bagi sejarah Cina.
  • 836 SM - Shalmaneser III dari Assyria mengetuai ekspedisi terhadap masyarakat Tabareni.
  • 836 SM - Perang saudara tercetus di Mesir.
  • 827 SM - Raja Xuan dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
  • 825 SM - Takelot II, raja Mesir, mangkat dan Putera Mahkota Osorkon III serta Shoshenq III, anak-anak lelaki Takelot, berlawan untuk naik takhta.
  • 825/824 SM - Ariphron, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 20 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Thespieus.
  • 823 SM - Shalmaneser III, raja Assyria, mangkat dan diwarisi oleh anak lelakinya, Shamshi-Adad V.
  • 820 SM - Pygmalion naik takhta Tyre.
  • 817 SM - Pedubastis I mengisytiharkan diri sebagai raja Mesir, dan mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Tiga.
  • 814 SM - Carthage diasaskan oleh Dido (tarikh tradisional).
  • 813 SM - Carthage diasaskan oleh masyarakat Phoenicia.
  • 811 SM - Adad-nirari III mewarisi bapanya, Shamshi-Adad V, sebagai raja Assyria.
  • 804 SM - Hadad-nirari IV dari Assyria menaklukkan Damascus.
  • 804 SM - Kemangkatan Firaun Pedubastis I.
  • 800-an SM - Peradaban Etruska.
  • Permulaan Zaman Besi di Eropah Tengah, penyebaran kebudayaan Hallstatt Proto-Celtic, dan bahasa Proto-Celtic.
  • Kebudayaan Adena muncul di Amerika Syarikat Timur Laut kini.
Remove ads

Tokoh-tokoh

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • Inskripsi-inskripsi pertama dalam prasasti Arab Selatan ditemukan di Akkele Guzay. [1]
  • 800-an SM - Masyarakat Olmec membina piramid-piramid.
  • Kemunculan zaman Sanskrit Veda Brahmana, kemungkinanan penggubalan Shatapatha Brahmana, serta permulaan tradisi-tradisi Upanishad dan Vedanta bagi agama Hinduisme.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads