Taman Abadi Heights

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Taman Abadi Heights (atau Abadi Heights sahaja) merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbirannya, Taman Abadi Heights merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman Abadi Heights ialah 47120 Puchong.[3]

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Lokasi

Taman Abadi Heights merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Abadi Heights terletak di bahagian utara Daerah Sepang manakala kedudukannya dalam Mukim Dengkil, Taman Abadi Heights terletak di bahagian paling utara Mukim Dengkil. Antara petempatan manusia yang serantau dengan kawasan Taman Abadi Heights ialah Taman KiPark di bahagian timur laut, Kampung Batu Sembilan dan Kawasan Perindustrian Meranti Utama di bahagian timur, Taman Meranti Indah dan Taman Myra Meranti di bahagian tenggara, Kampung Pulau Meranti di bahagian selatan, dan Bandar Bukit Puchong di bahagian barat laut.[1] Taman Abadi Heights mempunyai poskod tersendiri iaitu 47120 dalam daerah pos Puchong.[3]

Dari segi politik, kawasan perumahan Taman Abadi Heights terletak di dalam kawasan parlimen Sepang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Abadi Heights terletak di dalam kawasan negeri Dengkil.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads