Abdul Rahim Mohd Noor

Ketua Polis Negara Malaysia ke-5 From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor (lahir 6 Jun 1943) ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 sehingga 7 Januari 1999.

Fakta Segera YBhg Tan Sri, Ketua Polis Negara Malaysia ke-5 ...

Dilahirkan di Serkam, Melaka, Abdul Rahim menjadi Ketua Polis Negeri Selangor pada 21 Julai 1984 dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989.

Remove ads

Kontroversi

Pada 26 Oktober 2011, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 di Setiawangsa, sebuah pertubuhan kanan jauh. Beliau menyamakan gelombang hak asasi manusia dengan komunisme dan satu agama baru. Hak asasi manusia ini akan mengemukakan pandangan liberal dan akhirnya mempersoalkan institusi raja.[1] Lantas, akhbar berbahasa Cina seperti Sin Chew mempertikaikan kenyataan beliau dan mengungkit semula peranan beliau ketika 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sebenarnya pembebasan hamba abdi oleh Abraham Lincoln dan kempen anti-aparteid oleh Nelson Mandela adalah berasaskan hak asasi manusia.[2]

Abdul Rahim mendakwa bahawa sebahagian aktivis Melayu berhaluan kiri menjadi 'musang berbulu ayam'. Matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebuah republik. Dalam majlis itu Abdul Rahim menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Dua penerima sebelum ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.[3]

Remove ads

Penganugerahan

  •  Malaysia :
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) (1982)
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1990)
    • Panglima Mangku Negara (P.M.N.) - Tan Sri (1995)
  •  Melaka :
    • Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1986)
  •  Pahang :
    • Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) - Dato' Indera (1993)
  •  Selangor :
    • Dato Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) - Dato' (1994)
  •  Sabah :
    • Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima (1996)
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads