Abdullah Fahim
ulama Pulau Pinang From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tuan Guru Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim bin Haji Ahmad bin Haji Abdullah I (1869 – 28 April 1961) merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli ahli falak kelahiran Pulau Pinang.
Beliau merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi Abdullah.[1]
Remove ads
Kehidupan
Terdapat dua cerita tentang asal usul Abdullah Fahim. Ada yang berkata beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram di Makkah pada tahun 1869. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa Abdullah Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah dengan bapanya Sheikh Ibrahim Tahir I, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam.[2]
Remove ads
Sebagai guru
Apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan hadis, serta tasawuf. Antara muridnya termasuk seniman negara, P. Ramlee, di mana beliau belajar ilmu tasawuf dan tauhid sebelum berhijrah ke Singapura lalu berdamping dengan para guru di sana.[3]
Apabila pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1916, Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Alor Setar. Beliau dijemput oleh Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah untuk menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.
Remove ads
Peranan kemerdekaan Tanah Melayu
Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan.[1]
Pengiraan tarikh merdeka
Tunku Abdul Rahman turut meminta nasihat beliau mengenai firasat tarikh yang sesuai dijadikan tanggal Tanah Melayu dapat mengisytiharkan kemerdekaannya. Maka, Abdullah Fahim mengira tarikhnya berdasarkan kemungkinan ternampaknya buruj Dacing selepas matahari terbenam di ufuk barat; di mana dacing dapat diertikan sebagi lambang keadilan. Berdasarkan pemerhatian ini, Abdullah Fahim menjangka bahawa tarikh paling mujarab kemerdekaan tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957 tahun Masihi atau 6 Safar 1377 tahun Hijrah. Simulasi langit malam pada malam sebelumnya turut membuktikan pencerapan ini, terutamanya kelihatan bintang-bintang Kejora dan Musytari serta Bulan yang sejajar dalam laluan edaran buruj tersebut.[4]
Kematian
Beliau kembali ke rahmatullah pada 28 April 1961 sewaktu berusia 92 tahun.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads