Akademi Seni dan Sains Filem

From Wikipedia, the free encyclopedia

Akademi Seni dan Sains Filem
Remove ads

Akademi Seni dan Sains Filem (AMPAS), juga dikenali sebagai Akademi Filem atau Akademi adalah sebuah pertubuhan profesional yang memberi penghormatan kepada kemajuan kesenian dan perfileman. Ditubuhkan pada 11 Mei 1972 di California, organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan industri seni dan perfileman serta dianggotai oleh lebih 6 000 karyawan yang pakar dalam seni perfileman.[4]

Fakta Segera Kerangka, Kependekan ...

AMPAS dianggotai sekitar 9,921 orang karyawan setakat April 2020, di mana keanggotaannya dibuka kepada para pembuat filem di seluruh dunia. Pertubuhan ini lebih dikenali melalui acara penghargaan seperti Anugerah Akademi (juga dikenali sebagai Anugerah Oscar)[5] Selain itu, Akademi juga mengadakan Anugerah Gabenor secara tahunan untuk pencapaian sepanjang hayat dalam perfileman, Anugerah Saintifik dan Teknikal, Anugerah Akademi Pelajar untuk pembuat filem di peringkat prasiswa dan siswazah, memberikan sehingga lima Kefeloan Nicholl dalam Penulisan Lakon Layar serta mengendalikan Perpustakaan Margaret Herrick (di Pusat Fairbanks untuk Kajian Gambar Bergerak) di Beverly Hills dan Pusat Pickford untuk Kajian Gambar Bergerak di Hollywood. AMPAS juga membuka Muzium Filem Akademi pada tahun 2021.[6][7]

Remove ads

Keanggotaan

Anggota Akademi ini diangkat berdasarkan pencalonan yang bersifat kompetitif, tetapi karyawan yang dicalonkan sebelumnya harus dipilih dan diundang pihak Akademi. Sebarai anggota tidak diumumkan kepada publik, walaupun pada masa lalu pihak Academy pernah mengeluarkan sidang akhbar berisi nama-nama karyawan yang diundang sebagai anggota Academy.

Apabila seorang karyawan ternyata dicalonkan ke dalam lebih dari satu bidang perfilman, karyawan yang bersangkutan harus memilih kategori yang diminati ketika menjadi anggota.

Para pengasas AMPAS

Tokoh-tokoh pendiri Akademi terdiri daripada semua orang yang diundang masuk majlis makan malam diacarakan Louis B. Mayer tahun 1927:[8]

Pelakon
Pengarah
Peguam
  • Edwin Loeb
  • George W. Cohen
Penerbit
Juruteknik
  • J. Arthur Ball
  • Cedric Gibbons
  • Roy Pomeroy
Penulis
Remove ads

Kepimpinan

Presiden Akademi

Presiden dipilih untuk penggal satu tahun dan tidak boleh dipilih untuk lebih daripada empat penggal berturut-turut.

Maklumat lanjut #, Name ...
Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads