Bette Davis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bette Davis
Remove ads

Ruth Elizabeth "Bette" Davis (/ˈbɛti/; 5 April 1908 6 Oktober 1989) merupakan pelakon Amerika Syarikat-Inggeris. Selepas muncul dalam pementasan Broadway, Davis berpindah ke Hollywood pada tahun 1930. Filem-filem terawal beliau bersama Universal Studios (dan sebagai yang dipinjam keluar kepada studio lain), tidak berjaya. Pada tahun 1932, beliau bersama Warner Bros.. Filem pertama beliau bersama Warner, Marked Woman (1937) telah melayakkan beliau memenangi Piala Volpi di Festival Filem Venice 1937.[2] Beliau turut pernah membintangi Jezebel (1938), The Old Maid (1939) bersama Miriam Hopkins, Juarez(1939) bersama Paul Muni, dan The Private Lives of Elizabeth and Essex (1939).

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Davis merupakan pengasas bersama Hollywood Canteen, dan menjadi presiden wanita pertama Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Beliau pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi sebanyak dua kali dan individu pertama yang mendapat 10 kali pencalonan untuk lakonan selain wanita pertama menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup dari Institut Filem Amerika Syarikat. Pada tahun 1999, Davis disenaraikan di tempat kedua di belakang Katharine Hepburn untuk senarai legenda wanita terhebat perfileman Hollywood klasik oleh Institut Filem Amerika Syarikat.

Berkahwin sebanyak empat kali, beliau pernah menjadi balu sekali dan bercerai hidup sebanyak tiga kali. Tahun-tahun terakhir beliau dicemari dengan masalah kesihatan yang berpanjangan, namun beliau terus berlakon seketika sebelum meninggal dunia akibat barah payudara pada 6 Oktober 1989 di usia 81 tahun.

Remove ads

Filemografi terpilih

Thumb
Davis dalam filem pertamanya, Bad Sister (1931).
  • Of Human Bondage (1934)
  • Dangerous (1935)
  • The Petrified Forest (1936)
  • Marked Woman (1937)
  • Jezebel (1938)
  • Dark Victory (1939)
  • The Old Maid (1939)
  • The Private Lives of Elizabeth and Essex (1939)
  • Juarez (1939)
  • All This, and Heaven Too (1940)
  • The Letter (1940)
  • The Little Foxes (1941)
  • The Great Lie (1941)
  • The Man Who Came to Dinner (1942)
  • In This Our Life (1942)
  • Now, Voyager (1942)
  • Watch on the Rhine (1943)
  • Old Acquaintance (1943)
  • Mr. Skeffington (1944)
  • A Stolen Life (1946)
  • Deception (1946)
  • Winter Meeting (1948)
  • Beyond the Forest (1949)
  • All About Eve (1950)
  • The Star (1952)
  • The Virgin Queen (1955)
  • The Catered Affair (1956)
  • Pocketful of Miracles (1961)
  • What Ever Happened to Baby Jane? (1962)
  • Hush… Hush, Sweet Charlotte (1964)
  • Dead Ringer (1964)
  • The Nanny (1965)
  • Madame Sin (1972)
  • Burnt Offerings (1976)
  • Death on the Nile (1978)
  • Strangers: The Story of a Mother and Daughter (1979)
  • The Watcher In The Woods (1980)
  • The Whales of August (1987)
  • Wicked Stepmother (1989)
Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads