Achik & Nana

Penyanyi duet terkenal di Malaysia pada tahun 2000-an From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Achik & Nana ialah duo muzik pop Malaysia yang terkenal pada era 2001-an.[1] Pasangan ini terbentuk terlebih dahulu ketika masing-masing di alam remaja sebelum muncul dalam kerjaya solo dan berkumpulan di arus perdana. Ia dianggotai oleh Abdillah Murad Md. Shari (Achik) dan Siti Nordiana Alias (Nana).[2][3] Mereka telah merakamkan dua album duet dan pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.

Fakta Segera Asal, Genre ...
Remove ads

Sejarah

2001–2002: Kerjasama awal

Ketika masih bersekolah menengah, Achik dan Nana sering bergandingan dalam persembahan duet di majlis kenduri kahwin dan pertandingan karaoke sekitar Negeri Sembilan. Namun mereka tidak pernah merancang untuk ke dunia rakaman sebagai penyanyi duo sebaliknya masing-masing mengejar kerjaya muzik sendiri. Duo ini kembali terbentuk pada tahun 2001 apabila Achik yang juga vokalis kumpulan Spin mengundang Nana yang ketika itu sedang memajukan kerjaya muziknya secara solo. Mereka bergandingan dalam lagu "Gurauan Berkasih" ciptaan Patrick Kamis. Seterusnya sebagai balas, Nana mengundang Achik untuk berduet sebuah lagu dalam album keduanya Luahan Hati Kekasih menerusi lagu "Restu". Ekoran sambutan positif mereka berduet dalam dua buah lagi lagu iaitu "Memori Berkasih" dan "Resepi Berkasih" yang dimuatkan dalam album kumpulan Spin.

2003–2010: Puncak populariti dan kematian Achik

Pada 15 Jun 2003, pihak FMC melancarkan album duet pertama mereka yang berjudul Istimewa Untukmu yang sekaligus meletup dan mendominasi pasaran muzik pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 100,000 unit. Single pertama berjudul "Paling Comel" ciptaan Aidit Alfian berjaya mencecah tangga pertama carta di kebanyakan stesen radio manakala beberapa lagi lagu seperti "Adat Berkasih" dan "Sabar Menanti" juga tidak kurang hebat popularnya.[4] Populariti Achik dan Nana terus unggul apabila dicalonkan untuk kategori Artis Duo dan Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003. Pada tahun sama, mereka diundang oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menjayakan persembahan dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI).[5] Mereka berdua kemudian digandingkan sekali lagi dalam rancangan sama pada Mac 2004.[6]

Umum mengetahui bahawa Achik dan Nana pernah menjalinkan hubungan cinta sejak zaman remaja, namun apabila masing-masing sudah dewasa, hubungan itu tidak lagi diteruskan malahan masing-masing bertemu jodoh dengan insan lain.[7] Kisah cinta mereka pernah diabadikan dalam sebuah novel biografi berjudul Pelangi Jiwa yang dikeluarkan pada 2004.[8][9][10]

Album studio kedua mereka berjudul Benang Emas pula menyusul pada Januari 2006 dengan lagu hits seperti "Benang Emas" dan "Tatasuria".[11] Album ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat malah sempat mengadakan sebuah konsert di kota Singapura yang juga dirakam untuk siaran TV Suria pada tahun tersebut. Namun mereka berdua terpaksa akur untuk tidak terlalu banyak muncul sebagai artis duo kerana masih mempunyai kontrak sebagai penyanyi solo dan berkumpulan. Maka beberapa tahun selepas itu tumpuan lebih diberikan kepada projek masing-masing.[12]

Bagaimanapun pada 2008, mereka berdua kembali bekerjasama menerusi lagu "Tragedi Cinta" yang dimuatkan dalam album kompilasi Rindunya... terbitan Eddie Hamid.[13][14]

Achik bagaimanapun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada 17 April 2010. Achik, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.[15] Perancangan mereka untuk merakamkan album studio ketiga tergendala begitu sahaja, dan duo ini dibubarkan. Single terakhir mereka ialah lagu "Cari Ketenangan" yang diterbitkan secara anumerta pada 2010. Nana kemudian meneruskan kerjaya nyanyian sebagai penyanyi solo.

Remove ads

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Judul Lagu ...
Remove ads

Konsert

  • Konsert Live Achik & Nana di Singapura (2006)

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads