Adik-beradik Wachowski
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lana Wachowski (nama lahir: Laurence Wachowski; 21 Jun 1965)[1] dan Lilly Wachowski (nama lahir Andrew Paul Wachowski; lahir 29 Disember 1967)[2] merupakan pengarah dan penerbit televisyen dan filem dari Amerika Syarikat.[3]
Kedua-dua mereka merupakan perempuan transgender; sebelum Lana menukar gendernya, kedua-dua mereka pernah dikenali sebagai The Wachowski Brothers ("Wachowski Bersaudara"). Mereka kemudiannya diberi pengenalan "adik-beradik" (""siblings"" i.e. "Wachowski Siblings") sebelum adik Lana, Andrew mengikut sekali dalam penukaran gender sendiri sebagai Lilly. Lana sendiri merupakan tokoh pengarah filem Hollywood pertama yang melelakan diri sebagai transgender.[4]
Remove ads
Biografi
Awal hidup
Lana nama asal "Laurence" Wachowski lahir di Chicago pada 1965; Lilly nama asal "Andrew Paul" Wachowski lahir dua tahun kemudian di kota sama 2 setengah tahun kemudian. Ibu mereka, Lynne (née Luckinbill), seorang jururawat dan pelukis, manakala ayah mereka Ron Wachowski seorang peniaga berketurunan Poland. Their uncle is the actor and Primetime Emmy Award-winning producer Laurence Luckinbill.[2][5] Mereka berdua juga ada dua adik lagi iaitu Julie and Laura;[6][7] Julie seorang novelis dan penulis lakon layar yang turut terlibat sebagai pembantu koordinator untuk filem Bound.[8][9]
Remove ads
Kerjaya perfileman
Penceburan bidang
Dua adik-beradik ini memasuki bidang penulisan skrip pada pertengahan 1990-an. Salah satu filem ini, Assassins (1995) dibeli Warner Bros. kepada arahan Richard Donner;[10] Donner tidak menyenango penulisan mereka sehingga menyerahkan skrip ini kepada Brian Helgeland[11] yang menulis semula skrip ini serta mengehendaki adik-beradik ini dipadam dari keterlibatan mereka.[6] Pengalaman Donner mendorong mereka mahu menjadi pengarah filem agar mereka merasa selamat dalam industri mereka.[12]
Filem mereka seterusnya ialah Bound yang diarahkan mereka bersama pada tahun 1996. Filem ini mendapat sambutan baik kerana gaya pengarahan mereka[13] Kejayaan ini mendorong mereka mengembangkan suatu filem cereka sains yang kemudiannya dikembangkan menjadi The Matrix.[10]
Kemasyhuran
Tahun 2010-an
Lana pernah meluahkan rasa tidak selesa dengan pengenalan gendernya semasa beliau bersekolah dahulu.[14] Pada Julai 2012, Lana tampil pertama kali setelah penukaran gendernya dalan rakaman sebalik tabir pembikinan Cloud Atlas.[15] Dokumen-dokumen rasmi turut menampilkan beliau dengan nama "Laurenca Wachowski".[16][17][18]
Adik Lana turut melela pada tahun 2016 dengan nama baharunya, Lilly Wachowski dalam akhbar Windy City Times hasil suatu pertemuan dengan seorang wartawan Daily Mail.[19][20][21][22][23]
Remove ads
Filemografi
Filem
Televisyen
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads