Aerosol

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Aerosol ialah suatu ampaian zarah pepejal atau titsan cecair halus dalam udara atau gas lain.[1]:3 Ia boleh berlaku secara semula jadi (kabus, habuk, eksudat hutan dan stim geiser) mahupun dibuat oleh manusia (jerebu, bahan pencemar udara dan asap).[1]:3 Zarah-zarah cecair atau pepejal berdiamtere lebih kecil daripada 1 μm, namun batasan antara aerosol dengan ampaian biasa yang lain begitu samar-samar.

Perkataan aerosol itu dengan sendirinya merujuk kepada semburan yang menghantar bahan tertentu daripada tin atau bekas yang seumpamanya, malah ia juga merujuk dalam konteks perubatan kepada penyakit yang tersebar melalui titisan di udara.[2][3]

Remove ads

Pemakaian

Aerosol dihasilkan untuk pelbagai tujuan tertentu termasuk:

  • sebagai bahan ujian untuk tujuan penentukuran alat, melakukan kajian, serta menguji alat pesampling dan penapis udara;[1] :428
  • menghantar deodoran, cat dan produk pengguna lain dalam bentuk semburan;[4]:255
  • untuk pemakaian racun serangga;[4]:257
  • untuk merawat penyakit pernafasan;[4]:254, 274 dan
  • Dalam sistem penyuntikan bahan api serta teknologi pembakaran lain.[4]:278
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads