Afrojack

From Wikipedia, the free encyclopedia

Afrojack
Remove ads

Nick van de Wall atau Afrojack (lahir 9 September 1987) ialah seorang DJ, penerbit rakaman dan pengadun semula Belanda dari Spijkenisse. Pada tahun 2007, beliau menubuhkan label rakaman Wall Recordings; Album sulungnya, Forget the World dikeluarkan pada 2014. Afrojack tampil sebagai salah satu dari sepuluh artis terbaik dalam Top 100 DJ yang diterbitkan oleh DJ Mag. Beliau juga ialah CEO LDH Europe.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...

Van de Wall dilahirkan dan besar di Spijkenisse, Belanda. Ibunya ialah orang Belanda dan bapanya pula ialah orang Suriname. Beliau menunjukkan minat dalam muzik pada usia kecil dan belajar bermain piano pada usia lima tahun. Selepas tamat sekolah, Van de Wall mempelajari rekaan gradik di Grafisch Lyceum Rotterdam di Rotterdam selama setahun sebelum memulakan kerjaya sebagai DJ/penerbit.[1]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads