AgustaWestland AW139

From Wikipedia, the free encyclopedia

AgustaWestland AW139
Remove ads

AgustaWestland AW139, kini dikenali sebagai Leonardo AW139, adalah sebuah helikopter sederhana, berenjin kembar yang boleh memuatkan 15 penumpang yang dikeluarkan oleh pengeluar helikopter daripada Itali AgustaWestland, kini sebagaian daripada firma Leonardo. Ia dipasarkan dengan beberapa peranan berbeza, termasuk pengangkutan VIP/korporat, ketenteraan, pengangkutan luar pantai, pemadaman kebakaran, penguatkuasaan undang-undang, cari dan selamat, perkhidmatan perubatan kecemasan, bantuan bencana dan rondaan maritim.[1]

Fakta Segera AW139, Peranan ...

AW139 telah direka secara usahasama oleh firma Agusta dari Itali dan Bell Helicopters dari Amerika Syarikat. Ia dipasarkan sebagai Agusta-Bell AB139, tapi kemudian didesignasi semula sebagai AW139 selepas Bell mengundur diri dari projek ini. Selain kemudahan pengeluaran AgustaWestland di Itali dan Amerika Syarikat, syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam projek ini adalah PZL-Świdnik dari Poland, yang mana telah mengeluarkan beratus-ratus kerangka AW139, dan HeliVert, sebuah firma usahasama antara AgustaWestland dan Russian Helicopters, yang mana telah membina produksi pengeluaran di Rusia. AW139 telah membuat penerbangan sulungnya pada 3 Februari 2001, dan mula menghasilkan pendapatan pada tahun 2003 dan membuktikan kejayaan komersialnya.

Kebanyakan pelanggan AW139 merupakan sektor awam. Armada besar dipelopori oleh CHC Helicopter, Gulf Helicopters, dan Weststar Aviation. Prestasinya menjadikan ia popular di antara pengguna yang menyediakan sokongan kepada industri minyak dan gas luar pantai. Model untuk kegunaan ketenteraan iaitu AW139M, telah dibangunkan oleh AgustaWestland. Pada mulanya, ia telah dibeli oleh Tentera Udara Itali. Para pengguna tentera lain termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mengoperasikan model MH-139 Grey Wolf. Firma perniagaan dari Jepun, Mitsui Bussan Aerospace telah mendapatkan perjanjian pengedaran ekslusif untuk AW139 di Jepun. Lebih daripada 1,200 buah helikopter ini telah dikeluarkan menjelang bulan Julai 2024.[2] The AW139 has been developed into the AW149, an enlarged medium-lift military orientated rotorcraft.[3]

Remove ads

Spesifikasi (AW139)

Thumb
Tatarajah AW139
Thumb
AW139 milik Guardia Costiera dengan ruang enjin, kotak giar utama dan kotak hidung yang terbuka

Data dari AgustaWestland,[4] EASA,[5] Gajetti and Maggiore[6]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1 atau 2
  • Kapasiti: sehingga 15 penumpang, bergantung pada konfigurasi
  • Panjang: 16.66 m (54 ka 8 in)
  • Lebar: 2.26 m (10 ka 0 in)
  • Tinggi: 4.98 m (16 ka 4 in)
  • Berat kasar: 6,400 kg (14,110 lb) ; 7,000 kg (15,000 lb) untuk 7 t versi
  • Kapasiti bahan api: 1568 liter (414 USgal)
  • Janakuasa: 2 × enjin turbin aci Pratt & Whitney Canada PT6C-67C , 1,142 kW (1,531 hp) setiap enjin
  • Diameter rotor utama: 13.80 m (45 ka 3 in)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 310 km/j (193 mph, 167 kn)
  • Halaju kruis: 306 km/j (191 mph, 165 kn)
  • Jarak: 1,061 km (659 bt, 573 nmi)
  • Endurance: 5 hours 13 minutes
  • Had khidmat: 6,096 m (20,000 ka)
  • Kadar mendaki: 10.9 m/s (2,140 ft/min)
Remove ads

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

  • AgustaWestland AW149
  • AgustaWestland AW169
  • AgustaWestland AW189
  • Boeing MH-139 Grey Wolf

Pesawat setanding

  • Airbus Helicopters H160
  • Airbus Helicopters H175
  • Kamov Ka-60
  • TAI T625
  • Bell 525

Senarai berkaitan

  • List of helicopters
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads