Akar dani

spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia

Akar dani
Remove ads

Akar dani, dani, udani, wudani, wedani, bidani, redani, selimpas, ceguk atau akar pontianak (nama botani: Combretum indicum) ialah spesies tumbuhan menjalar dalam keluarga Combretaceae yang menumbuhkan rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar, hutan-hutan primer dan sekunder, dan sepanjang tebing sungai di kawasan-kawasan tropika Asia.[3]:547

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...

Ia ditanam sebagai hiasan di kebun-kebun.[7][6]

Remove ads

Peristilahan

Nama dani (Jawi: داني), udani (Jawi: اوداني) dan wudani (Jawi: ووداني) digunakan di Sumatera. Nama wedani (Jawi: وداني) dipinjamkan daripada bahasa Jawa.[4]:17

Nama bidani (Jawi: بيداني) digunakan di Semenanjung Melayu.[3]:547

Nama-nama setempat Nusantara termasuk:[4]

  • bidani (Sunda),
  • kacekluk, kaceklik, ceguk, cekluk, wedani (Jawa),
  • rabet dani (Madura),
  • kunyi-rhabet, rhabet besi, sarandengan (Kangean),
  • tikao (Bugis).
Remove ads

Botani

Thumb
Daun-daun pokok akar dani.

Pokok akar dani jenis menjalar dengan batang berkayu[5]:120 yang boleh mencapai ketinggian antara 2.5 meter hingga 8 meter. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung tajam dengan ukuran 5-18.5 sentimeter panjang dan 2–9 sm lebar, helai-helai daun pokok disusun bertentangan.[5]:120[3]:547

Bunga dan buah

Kuntum bunganya terdiri daripada lima kelopak tiub berukuran 6-8 mm panjang.[3]:547–548 Bunga akar dani kembang pada waktu senja berwarna putih untuk menarik perhatian rama-rama. Kuntum-kuntum ini kemudian menunduk dan bertukar warna merah untuk menarik perhatian lebah dan burung-burung pada hari ketiga.[8]:175[3]:547–548

Pokok akar dani jarang berbuah, ia berbentuk bujur dengan 30–35 milimeter panjang, memiliki lima sayap yang ketara, dan berwarna perang gelap. Biji benihnya ada rasa seakan-akan badam atau kelapa apabila matang.[3]:547–548

Remove ads

Kegunaan

Pokok akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads