Akira Toriyama

From Wikipedia, the free encyclopedia

Akira Toriyama
Remove ads

Akira Toriyama (鳥山 明 Toriyama Akira, 5 April 1955 - 1 Mac 2024) merupakan seorang mangaka Jepun. Antara karya-karya beliau yang terkenal termasuklah Dr. Slump (1980–1984) dan Dragon Ball (1984–kini). Beliau juga merangkap sebagai pereka watak untuk beberapa permainan video seperti Dragon Quest, Chrono Trigger dan Blue Dragon.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Toriyama merupakan antara mangaka-mangaka Jepun yang tersohor dalam sejarah manga kerana karya-karyanya yang sangat berpengaruh, terutamanya Dragon Ball, yang mana ramai mangaka menjadikannya sebagai sumber ilham mereka.

Remove ads

Biografi

Kehidupan awal

Kerjaya sebagai mangaka

Toriyama muncul buat pertama kalinya pada 1978 dengan cerita Wonder Island, disiarkan di majalah Weekly Shonen Jump, dan menjadi terkenal dengan Dr. Slump, disirikan secara mingguan di Shonen Jump dari 1980 sehingga 1984. Pada 1984, beliau bertanggungjawab dalam menghasilkan Dragon Ball yang disirikan dalam Weekly Shonen Jump. Di Jepun, ia menjadi jualan terbaik pecah-rekod dengan melebihi 120 juta salinan telah terjual. Selain kejayaan di Jepun, siri ini berjaya di seluruh dunia juga, termasuk Amerika Syarikat dan Amerika Latin.

Kematian

Toriyama meninggal dunia pada 1 Mac 2024 di usia 68 tahun akibat hematoma subdura akut. Berita perihal kematiannya telah diumumkan oleh syarikat penerbitan miliknya, Bird Studio seminggu kemudian. Upacara pengebumian beliau diadakan secara peribadi, dengan hanya ahli-ahli keluarganya sahaja yang hadir. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang cahaya mata.

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads