Akordion
alat bunyi-bunyian From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Akordion merujuk kepada suatu keluarga alat muzik bentuk kotak ditiup dalamnya. Alat jenis ini dimainkan dengan memampatkan atau mengembangkan hububan atau belos (bellows) dengan satu tangan - untuk menolak udara masuk keluar alat - sambil menekan butang atau kunci dengan tangan yang lebih kuat untuk membuka lubang mengalirkan udara melalui kepingan loyang atau logam lalu terhasilnya bunyi dalam badan alat.

![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Alat ini sering dimainkan dalam muzik rakyat atau etnik (seperti ghazal)[1] bahkan juga kepada gubahan yang lebih rumit seperti untuk pertunjukan opera atau klasik Barat.[2]
Remove ads
Binaan
Badan
Badan akordion terdiri daripada dua kotak kayu perumah rid yang bersambung oleh belos, kotak-kotak tersebut dipasangkan kekisi yang membenarkan udara mengalir masuk keluar alat serta mengeluarkan bunyi yang dimainkan dengan baik. Kotak tangan lebih besar dan digunakan untuk memainkan irama utama.
Saiz dan berat akordion bergantung kepada jenis, binaan dan julat mainan dari sekecil satu atau dua baris bes dan satu oktaf kepada model berat dengan 160 bes.
Belos
Struktur ini menghubungkan kedua-dua kotak kiri dan kanan. Ia diperbuat daripada lapisan kain dan kadbod yang berlipat serta diperkuat dengan kulit haiwan dan logam.[3] Bahagian ini digunakan untuk menghasilkan suatu tekanan udara dan vakum yang mengalirkan udara di sekeliling rid dalaman yang bergetar lalu menghasilkan bunyi. Kelantangan bunyi yang dihasilkan akordion bisa dinaikkan dengan meningkatkan tekanan pada belos.
Remove ads
Cara memainkan
Pemuzik memainkan tombol-tombol dengan jari-jari tangan kiri sambil jari-jari tangan kanannya memainkan irama lagu yang dibawakan (jika pengguna lebih menggunakan tangan kanan), namun pemain yang sudah terlatih dapat saling bertukar tangan.[4]
Badan akordion ditekan regang untuk mengalirkan udara di dalamnya[5] yang tersalur ke dalam lidah-lidah alat sehingga bunyi akan keluar dari lubang badan lalu kedengaran.[5]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads