Akta Tak Terderita
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Akta-akta Tak Terderita atau Akta-akta Paksaan (di Great Britain) merupakan siri undang-undang punitif yang diluluskan oleh Parlimen British pada tahun 1774 selepas Jamuan Teh Boston.[1] Undang-undang tersebut pada mulanya digubal bagi menghukum para penjajah Massachusetts di atas keingkaran mereka dalam bantahan Jamuan Teh sebagai tindak balas terhadap perubahan pencukaian oleh Kerajaan British.
Akta-akta ini merampas kuasa pemerintahan sendiri dan hak-hak yang telah dinikmati oleh Massachusetts sejak pengasasannya, lalu mencetuskan kemarahan di Tiga Belas Jajahan. Peristiwa tersebut merupakan suatu perkembangan penting dalam mencetuskan Perang Revolusi Amerika pada April 1775.
Remove ads
Latar belakang
Hubungan di antara Tiga Belas Jajahan dan Parlimen British bertambah teruk selepas tamatnya Perang Tujuh Tahun (Perang Perancis dan Perang Indian) pada 1763. Perang tersebut menyebabkan kerajaan British terjerumus dalam keadaan hutang, lalu Parlimen telah menggubal beberapa langkah untuk meningkatkan hasil cukai daripada tanah-tanah jajahannya. Parlimen percaya bahawa melalui akta-akta seperti Akta Setem 1765 dan Akta-akta Townshend 1767 merupakan cara yang sah supaya pihak jajahan membayar bahagian kos sewajarnya kepada Empayar British. Walaupun bantahan-bantahan berlaku yang akhirnya membawa kepada pemansuhan undang-undang tersebut, Parlimen tidak berganjak dengan kedudukan bahawa ia mempunyai hak untuk menggubal undang-undang untuk jajahan "dalam semua perkara" berdasarkan pada Akta Perisytiharan 1766.
Ramai pihak penjajah berhujah bahawa di bawah perlembagaan British yang tidak bertulis itu, suatu harta milik subjek British tidak boleh diambil daripadanya (dalam bentuk cukai) tanpa keizinannya (dalam bentuk wakilan di kerajaan). Disebabkan pihak penjajah tidak diwakili secara terus di Parlimen, mereka percaya bahawa Parlimen tidak mempunyai hak untuk mengenakan cukai terhadap mereka, suatu pandangan yang diungkapkan melalui slogan "Tiada cukai tanpa perwakilan". Selepas Akta-akta Townshend, beberapa pihak penulis esei penjajah mengambil jalan pemikiran ini dengan lebih jauh dan mula mempersoalkan sama ada Parlimen memiliki bidang kuasa yang sah di tanah-tanah jajahan. Persoalan mengenai kedaulatan Parlimen di jajahan-jajahan menjadi isu yang mendasari apa yang menjadi Revolusi Amerika.
Remove ads
Senarai akta
Berikut merupakan senarai akta di bawah Akta-akta Tak Terderita:
- Akta Pelabuhan Boston
- Akta Kerajaan Massachusetts
- Akta Pentadbiran Keadilan
- Akta Perumahan Tentera
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads