Aku Ada, Kau Ada???
Filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Rahila Ali From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Aku Ada, Kau Ada??? merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2012 arahan Rahila Ali, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. Filem ini ditayangkan pada 24 Mei 2012.[1]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan Nordin Ahmad pelajar tahun kedua yang teringin dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin jadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Tina pula pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor.
Remove ads
Pelakon
- Shaheizy Sam sebagai Nordin Ahmad
- Yana Samsudin sebagai Kartina Dahari
- Kamal Adli sebagai Aziz Sattar
- Angah Raja Lawak sebagai Profesor Kus
- Siti Chubby sebagai Profesor Rubi
- Sheila Mambo sebagai Dr. Zida
- Wanna Ali sebagai Wanna
Penerbitan
Filem ini ialah filem sulung arahan Rahila Ali. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Seoul, Korea Selatan pada 2011.[2] Hampir 90 peratus penggambaran telah dijalankan di beberapa lokasi menarik di Korea Selatan termasuk Seoul dan Pulau Jeju.[1]
Sebanyak empat lagu menjadi runut bunyi filem ini, lagu "Begini Caranya" nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Samsudin menjadi lagu tema filem ini.[3]
Tetapan dan gaya
Aku Ada, Kau Ada??? berlatarkan di Korea Selatan dengan pengaruh muzik K-Pop. Penulis blog, Nisa Kay berpendapat bahawa unsur-unsur muzikal dalam jalan cerita filem ini disampaikan dengan cermat.[4]
Keluaran dan sambutan
Aku Ada, Kau Ada??? dikeluarkan pada 24 Mei 2012[5] di 60 pawagam seluruh Malaysia.[2] Filem ini telah dipasarkan sebagai "filem K-Pop Melayu pertama di Malaysia".[1]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads