Alice Norin
Pelakon wanita Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Alice Norin (lahir di Stavanger, Norway, 21 Jun 1987; umur 38 tahun) merupakan seorang peragawan dan pelakon Indonesia. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Elsa Anindita (Elsa) dalam siri Kepompong, terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV.
Remove ads
Biografi
Alice Norin memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sejak dia berumur 13 tahun. Selain peragaan, wanita Norway - Manado - Sunda yang memeluk Islam sejak 2007 ini turut menceburi dunia lakonan dengan membintangi beberapa sinetron. Sinetron lakonan Alice Norin iaitu, Wulan Bukan setakat layar kecil, anak sulung daripada 3 beradik itu turut menembusi skrin lebar. Filem pertama Alice Norin adalah genre seram dengan tajuk Psikopat. Dalam filem pertama ini, Alice Norin mendapat watak utama sebagai Mita. Dalam filem ini Alice Norin berlakon dengan Sigit Hardadi dan Ferry Ixel arahan Rudi Aryanto, dan dihasilkan oleh Andi Ekim. Lakonan televisyen Alice Norin yang paling berjaya ialah wataknya yang berjaya sebagai Elsa Anindita (atau lebih dikenali sebagai Elsa) dalam siri televisyen terbitan Indika Entertainment dan disiarkan di Trans TV, Kepompong, yang dibintanginya bersama Dhini Aminarti, Aditya Herpavi, Giovanni Tobing dan Detri Warmanto. Dalam siri televisyen Kepompong, Elsa merupakan watak antagonis utama yang terkenal dengan kejahatannya dan Elsa pula adalah orang bawahan Andin dan terkenal dengan sifat licik dan manipulatif untuk memenangi hati Nino.
Selepas menerokai dunia model dan sinetron, Alice Norin mencuba menjadi pengarah. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana anak kepada Alfred Almendingan dan Sofie ini mengambil jurusan penyiaran. Alice Norin bekerja pada klip video bertajuk Rusty Guitar, yang terdapat pada album Keluar Malam Repackage dimiliki oleh suaminya DJ Riri. Sudah lama, peminat warna merah dan hitam ini mengimpikan untuk menjadi pengarah.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Apabila kerjayanya mula meningkat, Alice Norin secara mengejutkan memutuskan untuk berkahwin dengan DJ Riri pada 19 Januari 2007. Padahal ketika itu umurnya belum sampai 20 tahun. Akad nikah pasangan selebriti ini telah diadakan di rumah Alice Norin di Bilangan Cipete pada pagi Jumaat, 19 Januari 2007 dengan mas kahwin satu set alat solat. Sementara itu, majlis resepsi gabungan dua budaya iaitu Norway dan Sunda telah diadakan di Masjid Pondok Indah. Baru-baru ini (April 2009), Alice Norin mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki bernama Agus Laksmono Sudwikatmono.[1]
Remove ads
Filmografi
Filem
Siri televisyen
- Catatan
- N/A : Not Available
FTV
- TV Movie: Awas Kalau Lebaran Ini Gak Mudik (2013)
- TV Movie: Dimana Ibu Akan Tinggal (2014)
- TV Movie: Pembantu dan Majikan (2015)
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads