Alpha Jet
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dassault/Dornier Alpha Jet adalah sebuah pesawat serangan ringan dan latihan yang dikeluarkan secara bersama oleh Dassault Aviation dari Perancis dan Dornier Flugzeugwerke dari Jerman. Ia dibangunkan secara spesifik bagi peranan untuk melaksanakan misi-misi latihan dan serangan ringan. Dalam satu pertandingan di mana rekabentuk yang dihantar oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada Breguet Aviation, Dassault Aviation, dan Dornier Flugzeugwerke, pada awalnya ditandai sebagai TA501, telah terpilih dan akhirnya dikeluarkan sebagai Alpha Jet.
Remove ads
Kedua-dua Tentera Udara Perancis dan Tentera Udara Jerman telah membeli Alpha Jet dalam jumlah yang besar, untuk dijadikan sebagai pesawat latihan utama dan kemudian diperanankan sebagai pelantar serangan ringan. Akibat dari pemotongan dana ketenteraan selepas tamatnya era Perang Dingin, Jerman memutuskan untuk menhentikan penggunaan armada Alpha Jet pada tahun 1990an dan menjual semula pesawat ini kepada pengguna tentera dan awam. Alpha Jet kemudian diterima masuk ke dalam sejumlah tentera udara di dunia serta terlibat dalam beberapa aksi pertempuran.
Remove ads
Pengguna

- Tentera Udara Cameroon (Alpha Jet MS2) – 27 buah (12 buah dalam perkhidmatan)
- Top Aces – 16 (pesawat bekas Luftwaffe) berpangkalan di Montreal dan dioperasikan oleh Syarikat Sokongan Peperangan Elektronik dan Pertempuran Udara, Kanada selain Skuadron 414[2]
- Tentera Udara Mesir (Alpha Jet MS2 and E) – 14 buah MS2 dan 40 buah E (MS1), kesemuanya dinaik taraf ke (MS2)
- Tentera Udara Perancis (Alpha Jet E) – 99 buah
- Tentera Udara Diraja Maghribi (Alpha Jet E) – 24 buah
- Tentera Udara Nigeria (Alpha Jet E) – 24 buah dibeli. 4 buah dinaik taraf pada tahun 2011, 9 buah lagi diaktifkan semula. 11 buah dalam perkhidmatan.


- Tentera Udara Qatar (Alpha Jet E) – 6 buah
- Tentera Udara Diraja Thailand (19 buah Alpha Jet A – bekas pesawat Luftwaffe)

- Tentera Udara Togo – 5 buah (Alpha Jet E)
Bekas pengguna
- Air Affairs/Top Aces - 3 buah (Alpha Jet A bekas milik Luftwaffe). Menyediakan sokongan latihan untuk Pasukan Pertahanan Australia.[2]
- Komponen Udara Belgium (Alpha Jet E) – 33 buah diperolehi pada tahun 1978, dihentikan pada tahun 2019
- Tentera Udara Jerman – 93 buah (Alpha Jet A)
- Tentera Udara Côte d'Ivoire (Alpha Jet E) – 7 buah
- Tentera Udara Portugal – (Alpha Jet A) - 50 buah pesawat bekas Luftwaffe) diperolehi pada tahun 1993. Dibersarakan pada 13 Januari 2018.[3][4][5]
- QinetiQ – 12 buah (Alpha Jet A, pesawat bekas Luftwaffe) - dibersarakan pada 31 Januari 2018.[6]
Remove ads
Spesifikasi (versi sokongan dekat)

Templat:Externalimage
Data dari Jane's All The World's Aircraft 1982-83,[7] Flight International[8]
Ciri-ciri umum
- Krew: 2
- Panjang: 13.23 m (43 ka 5 in)
- Rentang sayap: 9.11 m (29 ka 11 in)
- Tinggi: 4.19 m (13 ka 9 in)
- Luas sayap: 17.5 m2 (188 ka2)
- Nisbah aspek: 4.8
- Berat kosong: 3,515 kg (7,749 lb)
- Berat kasar: 5,000 kg (11,023 lb)
- Berat berlepas maks: 7,500 kg (16,535 lb)
- Kapasiti bahan api: 1,520 kg (3,351 lb)[9]
- Janakuasa: 2 × SNECMA Turbomeca Larzac 04-C5 enjin turbin kipas, 13.24 kN (2,980 lbf) tujahan setiap enjin
Prestasi
- Halaju maksimum: 1,000 km/j (620 mph, 540 kn) pada aras laut[10]
- Halaju pegun: 167 km/j (104 mph, 90 kn) (flap dan undercarriage ke bawah)
- 216 km/j (134 mph; 117 kn) (flap dan undercarriage ke atas)
- Jarak tempur: 610 km (380 bt, 330 nmi) profil lo-lo-lo, pod meriam, senjata di bawah sayap dan 2 tangki gugur
- 1,095 km (680 bt; 591 nmi) profil hi-lo-hi, pod meriam, senjata di bawah sayap dan 2 tangki gugur
- Julat feri: 2,940 km (1,830 bt, 1,590 nmi) with 2x 310 l (82 US gal; 68 imp gal) tangki gugur
- Endurance: (bahan api dalaman sahaja) 2 jam 30 minit pada aras rendah; 3 jam 30 minit pada aras tinggi
- Had khidmat: 14,630 m (48,000 ka)
- Had-g: +12 / -6.4 (Ultimate)
- Kadar mendaki: 57 m/s (11,200 ft/min) maks[11]
- Masa ke altitud: 9,145 m (30,003 ka) kurang daripada 7 minit
- Halaju mendarat: 170 km/j (110 mph; 92 kn)
- Jarak berlepas: 410 m (1,345 ka)
- Jarak mendarat: 610 m (2,001 ka)
Persenjataan
- Meriam: 1 x meriam 27 mm Mauser BK-27 di tengah. pek meriam bersama 120 butir peluru atau 1 x meriam 30 mm DEFA di tengah bersama 150 butir peluru
- Tenggekan: 5 with a capacity of 2,500 kg (5,512 lb),dengan cadangan untuk membawa kombinasi:
- Roket: 2 x pod roket Matra dengan 18 butir roket 68 mm SNEB setiap satu atau 2 x pod roket CRV7 bersama 19 butir roket 70 mm setiap satu
- Peluru berpandu: 2 x AIM-9 Sidewinder; 2 x Matra Magic II; 2 x AGM-65 Maverick;
- Bom: pelbagai jenis bom (seperti bom berangkai Hunting BL755)
- Lain-lain: 2x tangki gugur 310 l (82 US gal; 68 imp gal)
Remove ads
Lihat juga
- EADS Mako/HEAT
Pembangunan berkaitan
- FMA IA-63 Pampa
Pesawat setanding
- Aermacchi S-211
- Aero L-39 Albatros
- BAE Hawk
- CASA C-101
- IAR-99
- Kawasaki T-4
- Mitsubishi T-2
- PZL I-22 Iryda
- Soko G-4 Super Galeb
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads