Sebatian kimia dengan formula Al2O3 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rencana ini mengenai aluminium (III) oksida, Al2O3.Untuk kegunaan lain, sila lihat Aluminium oksida (sebatian).
Aluminium oksida ialah satu sebatian kimia bagi aluminium dan oksigen dengan formula kimia Al2O3. Sebatian ini merupakan yang paling banyak terjadi daripada beberapa aluminium oksida, dan secara tertentu dikenal pasti sebagai aluminium (III) oksida. Biasanya sebatian ini dipanggil alumina, dan juga boleh dipanggil aloksida, aloksit, atau alundum bergantung pada bentuk atau kegunaan tertentu. Aluminium oksida biasanya terjadi dalam fasapolimorf hablurnya α-Al2O3, yang dalamnya sebatian ini terdiri daripada korundumgalian, keragamannya membentuk permata bernilai delima dan batu nilam. Al2O3 adalah ketara dalam kegunaannya untuk menghasilkan logam aluminium, sebagai pelelas kerana kekerasannya, dan sebagai bahan refraktori kerana takat lebur tingginya.[5]