Amin Younes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Amin Younes (Arab: أمين يونس; lahir 6 Ogos 1993) merupakan pemain bola sepak Jerman yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Napoli.[1] Seorang pemain yang teknikal, Younes mempunyai kemahiran menggelecek yang hebat serta bijak dalam merencanakan serangan.[2]
Younes telah memulakan kariernya di SG Unterrath sebelum berpindah ke akademi Borussia Mönchengladbach semasa berusia lapan tahun. Pada tahun 2011, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Borussia Mönchengladbach II sebelum diberi peluang membuat penampilan pertama bersama pasukan senior pada tahun 2012. Selepas menamatkan tempoh pinjamannya selama setahun di 1. FC Kaiserslautern, Younes berpindah ke Ajax pada tahun 2015 dan beliau merupakan sebahagian daripada skuad Ajax yang menjadi naib juara dalam kejohanan Liga Europa UEFA 2016–17. Pada tahun 2018, Younes berpindah ke Napoli melalui perpindahan percuma.
Ibunya merupakan orang Jerman tetapi beliau memegang kerakyatan Lubnan kerana bapanya merupakan orang asal sana. Beliau telah mewakili pasukan Jerman di peringkat remaja sejak tahun 2008 sebelum beraksi untuk pasukan senior pada tahun 2017.
Remove ads
Kerjaya kelab
Borussia Mönchengladbach
Pada mulanya, Younes beraksi untuk akademi SG Unterrath. Pada tahun 2000 iaitu semasa beliau baru berusia lapan tahun, beliau telah menyertai kelab akademi Bundesliga, Borussia Mönchengladbach. Pada tahun 2011, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Borussia Mönchengladbach II yang beraksi di Regionalliga West.
Younes melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada penghujung musim 2011–12 ketika aksi menentang Hannover pada 1 April 2012.[3]
Kaiserslautern
Pada Ogos 2014, beliau telah menyertai kelab 2. Bundesliga, Kaiserslautern secara pinjaman selama satu musim.[4]
Ajax
Pada 16 Julai 2015, Younes telah menandantangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Belanda, Ajax dengan perpindahan yang bernilai €2,5 juta.[5] Selepas pulih daripada kecederaan yang memaksa beliau tidak dapat beraksi pada awal musim, beliau telah melakukan penampilan pertamanya bersama Ajax ketika menentang Groningen pada 26 September.[6] Pada minggu berikutnya, beliau menjarignkan gol sulungnya untuk Ajax ketika menentang PSV namun perlawanan berkesudahan Ajax akur akan kekalahan 2–1.[7] Selama beberapa minggu, beliau menemui sentuhannya dan menamatkan musim sulungnya di Belanda dengan menjaringkan lapan gol dan melakukan sembilan hantaran gol dalam jumlah 35 perlawanan. Pada 20 Oktober 2016, beliau telah menjaringkan gol sulungnya di pentas Eropah ketika menentang Celta Vigo dalam aksi peringkat kumpulan Liga Europa.[8] Pada penghujung musim tersebut, beliau telah beraksi dalam final Liga Europa menentang Manchester United namun Ajax tewas dalam aksi tersebut.[9] Younes telah menjadi pemain terbanyak membuat gelecekan sepanjang kejohanan tersebut.
Napoli
Pada Julai 2018, Younes telah berpindah ke kelab Serie A, Napoli melalui perpidahan percuma. Ketika Younes berpindah ke Napoli, beliau membuat permintaan untuk mendapatkan jersi bernombor 34 sebagai mengingati bekas rakan sepasukannya di Ajax, Abdelhak Nouri yang mengalami kerosakan otak sekali gus menamatkan kariernya.[10] Pada 8 Disember 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang Frosinone.[11] Younes menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada 17 Mac 2019 dalam aksi Serie A menentang Udinese yang berkesudahan kemenangan 4–2 milik Napoli.[12]
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
Pada 17 Mei 2017, pengurus Joachim Löw telah memanggil Younes untuk menyertai skuad kebangsaan Jerman buat pertama kali bagi menghadapi kejohanan Piala Konfederasi 2017.[13]
Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 6 Jun 2017 ketika menentang Denmark. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pula pada 10 Jun 2017 ketika menentang San Marino.
Pada 29 Jun 2017, beliau menjaringkan gol keduanya dalam kariernya bersama pasukan kebangsaan Jerman semasa aksi separuh akhir Piala Konfederasi 2017 menentang Mexico. Perlawanan tersebut berkesudahan Jerman meraih kemenangan 4–2 sekali gus mara ke final dan akhirnya menjuarai kejohanan tersebut.[14][15]
Remove ads
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 25 Mei 2019
Antarabangsa
- Sehingga 8 Oktober 2017[16]
Gol antarabangsa
Pencapaian
Kelab
- Jong Ajax
- Eerste Divisie: 2017–18[perlu rujukan]
Antarabangsa
Germany
Individu
- Pasukan Terbaik Musim Liga Europa UEFA: 2016–17
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads