Anas ibn Malik al-Ansari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anas bin Maalik ibn Nadar al-Khazraji Al-Ansari (Arab: أنس بن مالك الخزرجي الأنصاري, c.612-712, atau meninggal dunia 709[1]) adalah seorang sahabat Muhammad yang dikenali.

Beliau adalah seorang Ansar dari kalangan Bani Khazraj. Beliau tidak boleh dikelirukan dengan Malik ibn Anas. Anas ibn Malik, adalah sahabat terakhir yang meninggal dunia dan meninggal beliau adalah di al-Basrah pada 93 Hijrah berusia 103 tahun.[2]
Remove ads
Biografi
Anas ibn Malik dilahirkan 10 tahun sebelum Hijrah Muhammad kepada suku Bani Khazraj dari Yathrib. Beliau hadir di Madinah semasa baginda Muhammad berada di sana dan selepas kewafatan baginda. Beliau merupakan sahabat Nabi yang paling lama hidup, meninggal dunia 93 tahun selepas Hijrah (kira-kira 711 Masihi).[3]
Era Muhammad
Beliau dilahirkan oleh Umm Sulaim (daripada Banu Najjar) dan Malik ibn Nadr. Selepas bapa Anas meninggal dunia sebagai bukan Islam, ibunya berkahwin semula dengan seorang mualaf (Abu Talha ibn Thabit), dan beliau mendapat abang tiri, Abdullah ibn Abu Talha.[4]
Beliau telah dipersembahkan kepada Muhammad sebagai pembantu oleh ibunya pada usia yang muda. [1]
Selepas Muhammad
Selepas kematian Muhammad pada 632, beliau mengambil bahagian dalam perang penaklukan,[1] dan pergi ke Syam dan kemudian menetap di Basra.
Beliau adalah salah seorang sahabat Muhammad yang hidup paling lama.
Remove ads
Legasi
Pada 25 Februari 2006, makam beliau di barat Basrah telah diserang dan dirosakkan.
Pandangan Sunni
Beliau adalah salah seorang perawi utama hadith, dan seperti semua Sahabat, riwayat beliau dianggap boleh dipercayai.
Lihat juga
- Pandangan Sunni tentang para Sahabat
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads