Angel Stadium of Anaheim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Angel Stadium of Anaheim
Remove ads

Angel Stadium of Anaheim, atau secara ringkasnya dikenali sebagai Angel Stadium, merupakan stadium besbol yang terletak di Anaheim, California, Amerika Syarikat. Sejak pembukaannya pada tahun 1966, stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Major League Baseball (MLB), Los Angeles Angels. Stadium ini juga merupakan venue pasukan Los Angeles Rams yang bersaing di National Football League (NFL) dari tahun 1980 sehingga 1994.

Fakta Segera Nama silam, Alamat ...

Stadium ini sering digelar dengan nama samaran tidak rasmi, The Big A yang diungkapkan oleh Penyunting Sukan Herald Examiner, Bud Furillo. Stadium ini menjadi stadium keempat tertua di MLB selepas Fenway Park, Wrigley Field dan Dodger Stadium,[5] dan ia pernah menjadi tuan rumah Perlawanan All-Star Major League Baseball pada tahun 1967, 1989 dan 2010.[6]

Selain sukan besbol dan bola sepak Amerika, stadium ini juga melangsungkan sukan di peringkat sekolah tinggi dan kolej. Antara acara atau majlis besar pernah dilangsungkan di stadium ini ialah World Football League, dua penentangan oleh mubaligh Billy Graham, hampir 20 kali penentangan tahunan berturut-turut oleh mubaligh Greg Laurie, sambutan Hari Raya Aidilfitri,[7] konsert dan dua hingga tiga kali perlumbaan AMA Supercross Championship dalam tiap-tiap tahun.

Stadium ini juga tempat studio dan pejabat pemilikan Angels serta stesen radio KLAA (830 AM).

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads