Wrigley Field

From Wikipedia, the free encyclopedia

Wrigley Fieldmap
Remove ads

Wrigley Field (/ˈrɪɡli/) ialah stadium yang terletak di North Side Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. Stadium besbol ini merupakan venue bagi pasukan Major League Baseball, Chicago Cubs yang merupakan satu daripada dua pasukan MLB di Chicago. Stadium ini telah mula beroperasi pada 1914 yang dikenali dengan nama Weeghman Park sempena Charles Weeghman dari pasukan Chicago Whales yang bertanding di Federal League. Cubs telah mula menggunakan venue ini pada 20 April 1916. William Wrigley Jr. dari Wrigley Company telah memiliki Cubs pada tahun 1921. Stadium ini dinamakan kepada Cubs Park dari tahun 1920 sehingga 1926 sebelum dinamakan semula kepada Wrigley Field pada tahun 1927. Stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 41,649 orang dan menjadi stadium kedua dinamakan Wrigley Field, selepas stadium di Los Angeles yang mempunyai nama serupa telah dibuka pada 1925.

Fakta Segera Nama silam, Alamat ...

Stadium ini merupakan stadium tertua bagi mana-mana stadium pasukan dari National League manakala ia menjadi stadium kedua tertua dalam MLB selepas Fenway Park (1912) serta kekal bagi satu-satunya stadium Federal League.[8] Stadium ini juga diisytiharkan sebagai Mercu Tanda Bersejarah Kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 2020.[9]

Dari tahun 1921 sehingga tahun 1970, stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Chicago Bears yang bertanding di National Football League. Stadium ini juga melangsungkan perlawanan Chicago Cardinals (kini Arizona Cardinals) dari National Football League dari tahun 1931 sehingga tahun 1938. Stadium ini juga terletak 600 kaki (180 m) dari paras laut.

Remove ads

Nota

  1. Kelayakan diluluskan pada 1987[6][7]

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads