Anis Matta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Anis Matta (lahir di Bone, Sulawesi Selatan, 7 Disember 1968; umur 56 tahun) adalah salah seorang ahli politik Indonesia. Anis adalah Timbalan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia penggal 2009-2014, namun mengundurkan diri pada 1 Februari 2013 setelah dilantik sebagai Presiden PKS [1] oleh Majlis Syura PKS menggantikan Luthfi Hasan Ishaaq yang menghadapi kes rasuah.[2]
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islam dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) pada tahun 1992. Pada tahun 2001, beliau mengikuti pendidikan di Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhannas). Beliau aktif sebagai Setiausaha Agong DPP Partai Keadilan Sejahtera selama empat penggal berturut-turut (1998-2013)[3] dan Lembaga Hikmah Pimpinan Persyarikatan Muhammadiyah.
Remove ads
Presiden PKS
Setelah mantan Presiden PKS, Luthfi Hasan Ishaaq, ditetapkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia disabitkan kesalahan dan mengundurkan diri, Majlis Syura PKS menetapkan Anis sebagai Presiden Partai Keadilan Sejahtera yang baru.[4] Setelah menjadi Presiden PKS[5], beliau kemudiannya mengundurkan diri daripada jawatan di Dewan Perwakilan Rakyat RI sekaligus daripada menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat RI.[6] Beliau memimpin PKS bermula 1 Februari 2013 hingga 10 Ogos 2015
Remove ads
Menubuhkan GELORA
Anis Matta menubuhkan Partai Gelombang Rakyat (GELORA) pada 10 November 2019 dan menjadi Ketua Umum parti tersebut. Beliau dibantu oleh Fahri Hamzah yang menjadi Timbalan Ketua Umum dan Mahfudz Sidik sebagai Setiausaha Agung.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
