Anjing Bermain Poker

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anjing Bermain Poker
Remove ads

Anjing Bermain Poker (bahasa Inggeris: Dogs Playing Poker) merujuk koleksi siri enam belas buah lukisan cat minyak oleh C. M. Coolidge, ditempah pada 1903 oleh Brown & Bigelow untuk mengiklankan rokok.[1] Semua lukisan dalam siri ini menonjolkan anjing-anjing yang diantropomorfikkan, tetapi sembilan yang anjing-anjing duduk melilingi sebuah meja kad menjadi ejekan yang sangat dikenali di Amerika Syarikat terutamanya sebagai contoh cita rasa kelas pekerja dalam perhiasan rumah.

Thumb
His Station and Four Aces oleh C. M. Coolidge, 1903.
Remove ads

Lukisan Coolidge

Thumb
Waterloo, c. 1906

Judul dalam siri "Dogs Playing Poker" yang sebenar ialah:

  • A Bold Bluff (pada asalnya dijuduli Judge St. Bernard Stands Pat on Nothing)[2]
  • A Friend in Need
  • His Station and Four Aces
  • Pinched with Four Aces
  • Poker Sympathy
  • Post Mortem
  • Sitting up with a Sick Friend
  • Stranger in Camp
  • Waterloo (pada asalnya dijuduli Judge St. Bernard Wins on a Bluff)[2]

Ini diikuti pada 1910 oleh sebuah lukisan sama, Looks Like Four of a Kind. Sesetengah komposisi dalam siri ini bermodelkan pemain kaid manusia oleh artis seperti Caravaggio, Georges de La Tour, dan Paul Cézanne.[2]

Anjing St. Bernard dalam lukisan Waterloo dan A Bold Bluff dimiliki oleh penjual bunga di Fifth Avenue Theodore Lang, yang mengira Coolidge sebagai salah satu sahabatnya. Nama anjing ini ialah Captain.[3] Pada 15 Februari 2005, A Bold Bluff dan Waterloo yang asli dilelongkan sebagai pasangan kepada pembeli yang tidak diketahui sebanyak US $590,400.[4] The previous top price for a Coolidge was $74,000.[5]

Poster promosi musim 3 buatan semula Amerika Syarikat Wilfred mencipta lukisan "A Friend in Need" semula.[6]

Remove ads

Lihat juga

  • William Wegman
  • Animal Century

Nota

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads