Anjing pemburu rubah Inggeris
baka anjing dari England From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anjing pemburu rubah Inggeris atau foxhound Inggeris[a] ialah salah satu daripada empat baka anjing pemburu rubah. Ia merupakan baka bersaudara kepada anjing pemburu rubah Amerika. Ia merupakan anjing pemburu bau yang dibiakbakakan untuk memburu rubah melalui bau.
Remove ads
Perihal
Penampilan

Panduan piawaian baka untuk penunjukan anjing pemburu rubah Inggeris mensyaratkan tinggi 20–27 inci (51–69 cm) pada paras kelasa.[1] Tengkoraknya tebal dan muncung panjang. Tungkainya berotot, bertulang lurus, dan kakinya bulat, mirip kaki kucing. Anjing pemburu rubah hadir dengan mana-mana warna hound.[2]

Remove ads
Sejarah
Anjing pemburu rubah Inggeris telah dibiakbakakan selama dua ratus tahun, dengan buku-buku pembaka yang bertarikh kembali sebelum tahun 1800.[1]
Semasa pemerintahan British di India, anjing pemburu rubah Inggeris dieksport ke India untuk tujuan pemburuan jakal,[3] walaupun oleh sebab cuaca yang agak lebih panas, ia jarang hidup lama.[4] Anjing pemburu rubah lebih dipilih untuk tujuan ini berbanding dengan grehaun, kerana anjing pemburu rubah tidak sepantas grehaun, dan oleh itu mampu mengejar dengan lebih lama dan lebih bersemangat.[5]
Buku-buku pembaka untuk anjing pemburu rubah Inggeris telah disimpan sejak abad ke-18.[6]
Remove ads
Lihat juga
Catatan
- Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه ايڠݢريس, فوکسهاءون ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English foxhound
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads