Anti-Counterfeiting Trade Agreement

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anti-Counterfeiting Trade Agreement
Remove ads

Perjanjian Perdagangan Antipemalsuan (ACTA, bahasa Inggeris: Anti-Counterfeiting Trade Agreement) merupakan perjanjian pelbagai hala yang diusulkan atas tujuan mewujudkan piawai antarabangsa bagi penguatkuasaan hak harta intelek. Perjanjian tersebut bertujuan mewujudkan rangka kerja undang-undang antarabangsa bagi barang palsu sasaran, ubat generik dan pelanggaran hak cipta di Internet, dan akan mencipta badan pentadbir di luar forum sedia ada, seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Fakta Segera ACTA, Jenis ...

Perjanjian tersebut ditandatangani pada bulan Oktober 2011 oleh Australia, Kanada, Jepun, Maghribi, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.[6] Pada tahun 2012, Mexico, Kesatuan Eropah dan 22 negara yang merupakan negara anggota Kesatuan Eropah tandatangan juga.[7] Satu penandatangan (Jepun) telah mengesahkan (lulus secara rasmi) perjanjian tersebut, yang akan berkuat kuasa di negara-negara yang mengesahkannya selepas pengesahan oleh enam negara.

Kumpulan industri dengan kepentingan dalam hak cipta, tanda dagangan dan jenis-jenis hak intelek yang lain berkata bahawa ACTA merupakan gerak balas kepada "peningkatan perdagangan sejagat barang palsu dan karya terlindung hak cipta cetak rompak". Pertubuhan seperti Motion Picture Association of America dan Persatuan Tanda Dagangan Antarabangsa difahami mempunyai pengaruh penting ke atas agenda ACTA.[8]

Pertubuhan yang mewakili kepentingan rakyat dan bukan kerajaan mengemukakan alasan bahawa ACTA boleh melanggar hak asasi termasuk kebebasan berpendapat dan privasi. ACTA juga telah dikritik oleh Doktor Tanpa Sempadan bagi membahayakan capaian kepada ubat di negara-negara membangun.[9] Sifat perundingan telah dikritik sebagai berahsia dan telah mengecualikan pertubuhan bukan kerajaan, negara membangun dan orang awam daripada proses perundingan perjanjian dan ia telah menghuraikan sebagai pengubahan dasar oleh critics termasuk Electronic Frontier Foundation dan Persatuan Pengguna Hiburan.

Tandatangan EU dan kebanyakan negara anggotanya mengakibatkan bantahan meluas di seluruh Eropah. Pelapor Parlimen Eropah Kader Arif letak jawatan. Penggantinya, MEP British David Martin, mengesyorkan Parlimen patut menolak ACTA, menyatakan: "Manfaat yang dirancang bagi perjanjian antarabangsa ini jauh dilebihi oleh ancaman berpotensi kepada kebebasan awam". Pada 4 Julai 2012, Parlimen Eropah menolak persetujuannya, menolaknya secara berkesan, 478 undian berbanding 39, dengan 165 berkecuali.[10][11]

Remove ads

Lihat juga

Perjanjian dan undang-undang berkaitan

  • Perjanjian tentang Aspek Berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS), WTO
  • Perjanjian Ekonomi dan Perdagangan Menyeluruh (CETA)
  • Konvensyen memalsukan keluaran perubatan, juga terikat pada 2011
  • Arahan tentang Hak Cipta dalam Pasaran Tunggal Digital (Kesatuan Eropah)
  • Arahan Penguatkuasaan (IPRED), EU
  • Akta Lindungi IP (PIPA), A.S., ditangguh
  • Perjanjian Perlindungan Siaran dan Pertubuhan Penyiaran, WIPO, diusul
  • Akta Hentikan Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA), A.S., ditangguh
  • Pakej Telekom (Kesatuan Eropah)
  • Kawasan Perdagangan Bebas Rentas Atlantik
  • Perkongsian Ekonomi Strategi Rentas Pasifik

Pertubuhan berkaitan

  • Direktorat Ketua bagi Masyarakat Maklumat Media (Suruhanjaya Eropah)
  • Meja Bulat Usahawan Eropah
  • Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO)
  • Sidang Kemuncak Dunia tentang Masyarakat Maklumat

Bantahan berkaitan

  • Bantahan menentang SOPA dan PIPA
  • Minggu tindakan menentangi CISPA
Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads