Antonio Lopez de Santa Ana
Presiden Mexico From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Antonio de Padua María Severino López de Santa Anna y Pérez de Lebrón (21 Februari 1794 – 21 Jun 1876),[1] lebih dikenali dengan nama Santa Anna[2] atau López de Santa Anna, digelar "Napoleon dari Barat" adalah seorang pemimpin politik, jeneral dan presiden Mexico yang banyak mempengaruhi politik dan kerajaan awal Mexico dan Sepanyol. Santa Anna pertama kali berperang dalam mendapatkan kemerdekaan Mexico dari Sepanyol. Meskipun beliau bukanlah caudillo (pemimpin tentera) pertama dari Mexico, tetapi tergolong di dalam antara yang terawal.[3] Beliau memegang jawatan sebagai jeneral atau presiden (atau kedua-duanya pada masa yang sama) pada beberapa ketika semasa tempoh pergolakkan karier beliau selama 40 tahun; beliau adalah presiden bagi Mexico sebanyak 11 kali yang berjumlah 22 tahun.
Remove ads
Tahun-tahun awal
Santa Anna telah dilahirkan di Xalapa, Veracruz, Nueva España ("New Spain"), pada 21 Februari 1794. Keluarga beliau adalah keturunan Sepanyol yang dihormati, dan beliau dan kedua orang tuanya, Antonio López de Santa Anna (yang mana pada satu ketika berkhidmat sebagai duta kecil di Veracruz) dan Manuela Pérez de Lebrón, yang berasal dari keluarga kelas pertengahan criollo (criollos adalah orang berketurunan Eropah tetapi dilahirkan di Amerika). Keluarga Santa Anna adalah cukup kaya bagi membolehkan beliau dihantar ke sekolah.
Pada bulan Jun 1810, Santa Anna yang berumur 16 tahun menyertai rejimen infantri Fijo de Veracruz sebagai seorang kadet – bertentangan dengan kehendak orang tua beliau, yang ingin melihat beliau menceburi karier dalam perniagaan.[4]
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads