Anugerah Akademi ke-72

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Akademi ke-72
Remove ads

Majlis Anugerah Akademi ke-72 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 1999 dan berlangsung pada Mac 26, 2000 di Auditorium Shrine, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 23 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Richard dan Lili Fini Zanuck dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz. Billy Crystal mengacarakan majlis ini buat kali ketujuh. Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-62 pada tahun 1990 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-70 pada tahun 1998. Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire Hotel, Beverly Hills, California pada Mac 4, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Salma Hayek.[6]

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...

American Beauty memenangi lima anugerah termasuk Filem Terbaik.[7][8] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Matrix dengan empat anugerah, The Cider House Rules dan Topsy-Turvy dengan dua anugerah dan All About My Mother, Boys Don't Cry, Girl, Interrupted, King Gimp, My Mother Dreams the Satan's Disciples in New York, The Old Man and the Sea, One Day in September, The Red Violin, Sleepy Hollow dan Tarzan dengan satu anugerah.

Remove ads

Calon dan pemenang

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-72 diumumkan pada Februari 15, 2000 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Robert Rehme, presiden Akademi dan pelakon Dustin Hoffman.[9] American Beauty menerima pencalonan terbanyak dengan lapan; The Cider House Rules dan The Insider terikat di tempat kedua dengan tujuh pencalonan.[10]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 26, 2000.[11] Sam Mendes merupakan individu keenam untuk memenangi Pengarah Terbaik dalam arahan sulungnya.[12] Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik, Kevin Spacey menjadi individu kesepuluh untuk memenangi kedua-dua kategori pelakon utama dan pelakon pembantu.[13]

Anugerah

Thumb
Sam Mendes, Pemenang Pengarah Terbaik
Thumb
Kevin Spacey, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Thumb
Hilary Swank, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
Thumb
Michael Caine, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Thumb
Angelina Jolie, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[14]

Maklumat lanjut Filem Terbaik, Pengarah Terbaik ...

Anugerah Kehormat Akademi

Anugerah Irving G. Thalberg

Pencalonan dan anugerah berganda

Maklumat lanjut Pencalonan, Filem ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads