Apiales

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Apiales ialah sebuah susunan tumbuhan berbunga yang termasuk dalam kumpulan asterid dikotiledon. Famili-famili yang berikut adalah tipikal untuk pengelasan yang lebih baru, walaupun terdapat sedikit perbezaan, khususnya Torriceliaceae yang mungkin dibahagikan:

  • Apiaceae (famili lobak merah)
  • Araliaceae (famili ginseng)
  • Aralidiaceae
  • Griseliniaceae
  • Mackinlayaceae
  • Melanophyllaceae
  • Myodocarpaceae
  • Pennantiaceae
  • Pittosporaceae
  • Torriceliaceae
Maklumat lanjut Pengelasan saintifik, SusunanMagnoliopsida ...

Di bawah takrif sistem APG II ini, ahli-ahli yang terkenal termasuk lobak merah, saderi, parsli, dan ivy.

Di bawah sistem Cronquist, hanya famili Apiaceae dan Araliaceae termasuk dalam susunan ini, dan susunan terhad ini dimasukkan dalam rosid, dan bukannya dalam asterid. Pittosporaceae dimasukkan dalam Rosales, dan spesies-spesies yang lain dalam famili Cornaceae.

Remove ads

Rujukan

  • Chandler, G.T. and G. M. Plunkett. 1994. Evolution in Apiales: nuclear and chloroplast markers together in (almost) perfect harmony (Evolusi Apiales: penanda nuklear dan penanda kloroplas bersama-sama dalam keharmonian (yang hampir) sempurna). Botanical Journal of the Linnean Society 144: m.s. 123-147 (abstrak boleh didapati dalam talian di sini).
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads