Asid sulfurus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Asid sulfurus
Remove ads

Asid sulfurus merupakan sebatian kimia dengan formula H2SO3. Tidak ada bukti bahawa asid sulfurus wujud dalam larutan, tetapi molekulnya telah dikesan dalam fasa gas.[1] Asas konjugat asid ini sukar difahami, bagaimanapun, anion yang sama ialah bisulfit (atau hidrogensulfit) dan sulfit. Asid sulfurus adalah spesies perantaraan dalam pembentukan hujan asid yang berpunca dari sulfur dioksida.[2]

Fakta Segera Nama, Pengecam ...

Spektroskopi Raman bagi larutan sulfur dioksida hanya menunjukkan tanda isyarat di dalam air disebabkan oleh molekul SO2 dan ion bisulfit, HSO3.[3] Keamatan isyarat adalah konsisten melalui berikutan dengan keseimbangan:

SO2 + H2O adalah dalam keseimbangan dengan HSO3 + H+
Ka = 1.54×102; pKa = 1.81.

17O Spektroskopi NMR mengemukakan bukti bahawa larutan asid sulfurus dan sulfida terproton mengandungi campuran isomer yang berada dalam keseimbangan:[4]

[H-OSO2] [H-SO3]

Larutan akueus sulfur dioksida, yang kadangkalanya dirujuk sebagai asid sulfurus, digunakan sebagai agen penurunan dan pembasmi kuman, kerana merupakan larutan bagi garam bisulfit and sulfit. Mereka juga adalah peluntur ringan, dan digunakan untuk bahan-bahan yang mungkin boleh rosak sekiranya menggunakan peluntur yang mengandungi klorin.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads