Auckland

From Wikipedia, the free encyclopedia

Auckland
Remove ads

Auckland (bahasa Māori: Tāmaki Makaurau) ialah bandar raya yang terbesar dan paling banyak penduduk di New Zealand. Penduduknya berjumlah 1,241,800 orang yang merangkumi 31% jumlah penduduk negara itu.[1]

Fakta Segera Tāmaki Makaurau (b. Māori), Negara ...

Kota kosmopolitan ini tidak sahaja merupakan kota kelima terbesar di Oceania tetapi juga menempatkan masyarakat Polinesia paling ramai di dunia.[2]

Remove ads

Sejarah

Ia mula diduduki para pelayar Māori pada sekitar 1350[3][4] dengan nama setempat diberi iaitu Tāmaki-makau-rau yang bermaksud "Tāmaki didambakan ramai" (Tāmaki desired by many) kerana kekayaan hasil buminya;[5] tāmaki pula bermaksud "petanda".[6] Sebanyak 20,000 orang penduduki mendiami kawasan ini sebelum tibanya orang Eropah ke Pulau Utara;[3][4] namun peperangan antara suku disebabkan perkenalan teknologi senapang lantak moden oleh pelayar Eropah pada abad ke-19 merebak termasuk kawasan ini menyebabkan penyusutan kependudukan secara ketara sebelum orang Eropah mula bertapak di sini.[7][8]

Perjanjian Waitangi ditandatangani di pelabuhan Manukau barat daya Tāmaki Makaurau pada 20 Mac 1840.[9] Pelabuhan Waitematā dihadiahkan pembesar Te Kawau kepada William Hobson untuk membentuk pusat pentadbiran yang baru dari Russell (Okiato). Ibu kota yang baru ini dinamakan Auckland sempena George Eden, Earl Auckland yang pada ketika itu Wizurai India.[10][11][12][13][14] Auckland ditubuhkan pada 18 September 1840; ia dirasmikan sebagai ibukota jajahan New Zealand pada 1841[15][16]

Auckland digantikan oleh Wellington sebagai ibukota rasmi New Zealand pada 1865.

Remove ads

Geografi

Auckland terletak di suatu tanah genting. Titik paling sempit tanah ini antara teteluk Mangere dan Sungai Tamaki.

Iklim

Pengelasan iklim Köppen mengelaskan iklim ia jenis iklim lautan (Cfb) manakala National Institute of Water and Atmospheric Research mengelaskan ia sebagai kawasan subtropik dengan musim panas sederhana dan musim sejuk yang lembap.[17][18]

Maklumat lanjut Data iklim untuk (1981–2010, extremes 1962–present), Bulan ...
Remove ads

Galeri

Thumb
Antara panorama yang boleh dilihat di Auckland
Thumb
Pandangan mengufuk dari Auckland City, dilihat dari Maungawhau / Gunung Eden

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads