Avex Inc. atau Avex Group adalah sebuah konglomerat hiburan yang diasaskan oleh Max Matsuura dan beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Syarikat ini menjadi syarikat muzik tarian yang utama ketika 1990-an dan terus menghasilkan dan menguruskan beberapa penyanyi terlaris di negara itu seperti Ayumi Hamasaki[5] dan sensasi internet Daimaou Kosaka (lebih dikenali sebagai Pikotaro).[6] Walaupun syarikat ini lebih memberi tumpuan kepada industri muzik, ia juga turut beralih kepada jenis perniagaan lain seperti anime, permainan video dan acara muzik langsung seperti bekerjasama dengan Ultra Music Festival[7] dan menghoskan konsert tahunan a-nation.[8]