Ayat al-Quran

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ayat al-Quran
Remove ads

Ayat-ayat dalam al-Quran (Arab: آية, rumi: āyah, bentuk jamak: آيات āyāt "tanda",[1] "petanda, keajaiban" seasal dengan kata Ibrani: אות, rumi: ot "tanda, huruf"[2]) lebih 6,000 patah dalamnya, setiap satu patah dipercayai kaum Muslimin sebagai tanda ataupun alamat daripada Allah. Gabungan beberapa ayat akan membentuk bab (dipanggil surah). Seperti ayat, panjang surah berbeza-beza, daripada 3 hingga 286 ayat. Dalam surah panjang, ayat boleh juga dikumpulkan mengikut susunan temanya yang dipanggil ruku'.

Dalam al-Quran, nombor ayat sering ditulis dalam suatu simbol di akhir setiap ayat,[3] iaitu ۝, akhir ayat. Nombor Unicodenya U+06DD manakala ۝۝۝۝ boleh digunakan untuk menandakan pengakhiran surah.

Terdapat dua jenis ayat:

  1. - Ayat Muhkamaat (محكمات): dengan makna jelas dan mudah.
  2. - Ayat Mutashabihaat (متشابهات): dengan berbilang tafsiran.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads