BTS

kumpulan muzik lelaki Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

BTS (Korea: 방탄소년단; Hanja: 防彈少年團; RR: Bangtan Sonyeondan, "Pemuda Kalis Peluru") juga dikenali sebagai Bangtan Boys, ialah kumpulan vokal lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Hybe Corporation. Nama kumpulan ini ialah singkatan bagi Beyond The Scene dan mula diguna pakai pada Julai 2017. Pada 12 Jun 2013, mereka menyampaikan lagu pertama mereka berjudul "No More Dream" dari album awal mereka iaitu 2 Cool 4 Skool[1] yang mempromosikan penampilan sulung mereka pada 13 Jun 2013.[2] Mereka memenangi anugerah New Artist of the Year meneruai lagu "No More Dream", termasuk di Anugerah Muzik Melon dan Golden Disc Awards 2013 dan Anugerah Seoul 2014. Mereka menarik perhatian dengan album Dark & Wild (2014), The Most Beautiful Moment in Life, Part 2 (2015) dan The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever (2016), dengan dua album terakhir ini memasuki carta Billboard 200 AS.[3] The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever memenangi anugerah Album of the Year di Melon Music Awards 2016.[4] Sehingga sekarang, BTS dikenali di seluruh dunia.

Fakta Segera Hangul, Hanja ...
Remove ads

Penamaan

Nama kumpulan ini hasil singkatan dari ungkapan bahasa Korea Bangtan Sonyeondan (Korea: 방탄소년단; Hanja: 防彈少年), secara harfiah bermaksud "Pemuda Pandu Kalis Peluru" (Bulletproof Boy Scouts). Nama itu dipilih dengan pemikiran bahawa imej diaturkan kumpulan BTS akan menyekat stereotaip, kritikan, dan harapan yang mensasarkan remaja seperti peluru dan melindungi nilai-nilai dan cita-cita remaja pada masa ini.[5] Di Jepang, mereka dikenal sebagai Bōdan Shōnendan (防弾少年団), yang diterjemahkan sama.[6] Pada Julai 2017, BTS ditambahkan sebagai tambahan dari Bangtan Sonyeondan atau Bulletproof Boy Scouts, nama ini juga merupakan singkatan dari "Beyond the Scene" sebagai sebahagian daripada identiti baru mereka.[7] Tambahan nama mereka bermaksud "BTS merupakan orang muda yang berkembang yang melampaui realiti yang mereka hadapi, dan maju."[8]

Remove ads

Ahli BTS

Maklumat lanjut Nama ahli, Pengenalan ringkas ...
Remove ads

Diskografi

=== Diskografi Korea ===

Senarai album dan single BTS
  • 2013: 2 Cool 4 Skool
  • 2013: O!RUL8,2
  • 2015: The Most Beautiful Moment In Life, Part 1
  • 2015: The Most Beautiful Moment in Life, Part 2
  • 2016: The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever
  • 2016: Youth
  • 2016: Wings
  • 2017: You Never Walk Alone
  • 2017: Chi, Ase, Namida
  • 2017: Love Yourself: Her
  • 2018: Face Yourself
  • 2018: Love Yourself: Tear
  • 2018: Love Yourself: Answer
  • 2019: Map Of The Soul: Persona
  • 2019: BTS World: Original Soundtrack

Diskografi Korea

Album studio
  • 2014: DARK&WILD
  • 2016: Wings
  • 2018: Love Yourself: Tear
  • 2020: Map of the Soul: 7
  • 2020: Be
Album mini

Diskografi Jepun

Album
  • 2014: WAKE UP
  • 2016: Youth
  • 2018: Face Yourself
  • 2020: Map of the Soul: 7 – The Journey
Album lain
  • 2014: 2 COOL 4 SKOOL / O!RUL8,2?

Filemografi

Rancangan realiti

  • Raja Rookie: Channel Bangtan (신인왕: 채널 방탄) (SBS MTV)[9]
  • American Hustle Life (Mnet)
  • BTS GO! (Mnet Amerika)[10]
  • BTS RUN (Vlive)
  • Bon Voyage Season 1
  • Bon Voyage Season 2
  • Bon Voyage Season 3
  • Bon Voyage Season 4
  • Bangtan Bomb
  • Summer Packages

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads