Baharuddin Abdul Latif

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Baharuddin Abdul Latif merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak yang pertama dari tahun 1959-1964 selepas memenangi dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau merupakan antara pelopor penubuhan PAS[1]. Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Fakta Segera Ustaz Haji, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Gunung Semanggol ...
Remove ads

Keluarga

Baharuddin Abdul Latif merupakan abang kepada Haji Subky Abdul Latif[2]. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Ustazah Fatimah Hassan dan dikurniakan 12 orang anak[3].

Aktivis

Sebelum terlibat menubuhkan PAS, Baharuddin Abdul Latif turut aktif dalam gerakan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama-sama tokoh lain seperti Pak Sako, Burhanuddin al-Helmi dan Aishah Ghani[4].

Meninggal dunia

Baharuddin meninggal dunia di usia 74 tahun pada 11 Disember 2001 di Hospital Tawakkal akibat penyakit kayap[3].

Penulisan

  • Baharuddin b. Hj. Abd. Latif (1994). Rencana-rencana sekitar perjuangan PAS, 1951-1987: Islam memanggil. Gunung Semanggol: Pustaka Abrar. ISBN 9839999907.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads