Bahasa Basque
bahasa bukan Indo-Eropah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Basque adalah nama Perancis[1] dan Inggeris untuk bahasa yang dituturkan oleh masyarakat etnik khusus yang mendiami kaki gunung-ganang Pyrene di utara Sepanyol dan barat daya Perancis yang terangkum sebagai kawasan Euskadi, bahagian diduuki masyarakat penutur bahasa ini di Sepanyol mempunyai kepentingan kebudayaan dan politik khusus sebagai suatu komuniti berautonomi ditadbir kerajaan negara tersebut. Penutur bahasa ini juga menduduki sebahagian besar barat Pyrénées-Atlantiques, dan Navarre di Sepanyol. Walaupun geografi penuturannya dikelilingi kawasan tuturan bahasa-bahasa serumpun Indo-Eropah, bahasa ini dipercayai terpencil. Ia bukan bahasa serumpun Indo-Eropah, malahan kajian linguistik mendapati ia tidak tergolong dalam mana-mana rumpun bahasa lain di dunia.
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (Apr 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Nama setempat piawai bahasa ini adalah euskara;[2] dalam dialek-dialek lain adalah euskera, eskuara dan üskara. Nama Perancis dan Inggeris Basque diturunkan dari kata Latin Vascō (disebut [ˈwaskoː]), bentuk jamaknya Vascōnēs nama suatu puak yang pernah dirakamkan Plinius yang Tua dalam kitab Naturalis Historia (jilid III, mukasurat XXII).[1]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads