Bahasa Burma
bahasa Sino-Tibet di Myanmar From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bahasa Burma (, atau ba.ma ca [bəmàsà]) ialah bahasa rasmi kepada Myanmar. Walaupun pemerintah rasmi mengakui wujudnya bahasa ini sebagai bahasa Myanmar, tetapi kebanyakan orang terus memanggil bahasa ini sebagai Burmese. Bahasa Burma adalah bahasa ibunda orang Bamar, Rakhind, dan lain-lain hubungan dengan kumpulan sub-etnik Bamar. Bahasa Burma ialah satu ahli famili bahasa Tibeto-Burman, dimana ia subkeluarga daripada bahasa-bahasa Sino-Tibet. Bahasa ini ditutur oleh sekitar 40 juta sebagai bahasa pertama dan sebagai bahasa kedua oleh minoriti di Myanmar maupun negeri yang bersempadam. Bahasa burma ialah satu bahasa berasakan nada dan agglunatif, dan sistem tulisannya diperoleh daripada skrip Mon yang berasal daripada skrip Brāhmī.
Remove ads
Fonologi
Transkripsi dalam bahagian rencana ini diberi dalam Huruf Fonetik Antarabangsa.
Konsonan
Konsonan /r/ jarang sekali, dan hanya terdapat dalam nama tempat yang mengekalkan sebutan bahasa Sanskrit atau Pali (cth. Amarapura, yang disebut [àməra̰pùra̰]) dab juga dalam perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris. Mengikut sejarah, /r/ menjadi /j/ dalam bahasa Burma, dan sering diganti oleh /j/ di kata pinjaman bahasa Pāli, cth. ရဟန္တာ (ra.hanta) /jəhàNdà/ "sami", ရာဇ (raja.) /jàza̰/ "raja". Kadang-kala konsonan /r/ diganti dengan /l/, seperti dalam kata pinjaman bahasa Pali untuk "haiwan" တိရစ္ဆာန္ (ti.rac hcan), yang boleh disebut [təreiʔ sʰàn] atau [təleiʔ sʰàn]. Begitu juga, /ʍ/ jarang dan sudah lenyap dari bahasa Burma moden, kecuali dalam transkripsi nama-nama asing. [ð] juga jarang, kecuali sebagai alofon bersuara bagi /θ/.
Bunyi-bunyi /pʰ, p/ sering disebut seperti /b/, /kʰ, k/ seperti /g/, /tʃʰ, tʃ/ seperti /dʒ/, dan /sʰ, s/ seperti /z/ dalam kata majmuk. Bunyi /dʒ/ yang menyusuli akhiran konsonan nasal boleh menjadi bunyi /j/. Contohnya, အင္က္ယီ ang kyi "blaus" boleh disebut /èiNdʒí/ atau /èiNjí/.
Konsonan nasal tidak bertempat /N/ direalisasikan sebagai penyengauan vokal sebelumnya atau homorganik sengau bagi konsonan selepasnya; maka /mòuNdáiN/ "ribut" disebut [mõ̀ũndã́ĩ].
Vokal
Monoftong /e/, /o/, /ə/, dan /ɔ/ hanya terdapat dalam suku kata terbuka (yang tanpa koda suku kata/konsonan penutup); diftong /ei/, /ou/, /ai/, dan /au/ hanya terdapat dalam suku kata tertutup (yang ada koda suku kata).
Nada
Bahasa Burma ialah sebuah bahasa berasaskan nada, iaitu kontras fonem boleh dihasilkan mengikut nada sesuatu bunyi vokal. Dalam bahasa Burma, kontras-kontras ini bukan sahaja melibatkan pic, bahkan juga fonasi, kekuatan, jangka masa, dan sifat vokal. Terdapat empat nada berbeza dalam bahasa Burma. Dalam jadual berikut, nada-nada ini ditunjukkan sebagai tanda pada vokal /a/ sebagai contoh; huraian fonetiknya dari Wheatley (1987)
Contoh, perkataan-perkataan berikut dibezakan sesama sendiri hanya berdasarkan nada:
- Rendah /kʰà/ 'menggoncang'
- Tinggi /kʰá/ 'menjadi pahit'
- Berkerik-kerik /kʰa̰/ 'yuran'
- Terhenti /kʰaʔ/ 'berundur'
Dalam suku-suku kata yang berakhir dengan /N/, tidak terdapat nada terhenti:
- Low /kʰàN/ 'menjalani'
- High /kʰáN/ 'menjadi kering'
- Creaky /kʰa̰N/ 'melantik'
Struktur suku kata
Struktur suku kata bahasa Burma ialah C(G)V((V)C), iaitu permulaan suku kata terdiri daripada konsonan yang boleh disusuli satu geluncuran, dan rima pula terdiri daripada satu monoftong sahaja, satu monoftong bersama satu konsonan, atau satu diftong dengan satu konsonan. Konsonan-konsonan yang boleh terdapat dalam koda (penutup) ialah /ʔ/ dan /N/. Contohnya:
- CV /mè/ 'gadis'
- CVC /mɛʔ/ 'mendambakan'
- CGV /mjè/ 'tanah'
- CGVC /mjɛʔ/ 'mata'
- CVVC /màuN/ (panggilan untuk lelaki muda)
- CGVVC /mjáuN/ 'longkang'
Suku kata yang vokalnya /ə/ menghadapi beberapa batasan, iaitu:
- semestinya terbuka (tiada konsonan penutup)
- tiada bernada
- konsonan pembukanya hanya tunggal (tiada geluncuran selepas konsonan itu)
- tidak boleh dijadikan suku kata terakhir perkataan
Contoh perkataan yang mempunyai suku kata berfonem /ə/:
- /kʰə.louʔ/ 'tombol'
- /pə.lwè/ 'seruling'
- /θə.jɔ̀/ 'mempersenda'
- /kə.lɛʔ/ 'sewenang-wenang'
- /tʰə.mə.jè/ 'air beras'
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads