Abjad Fonetik Antarabangsa

sistem abjad tatatanda fonetik From Wikipedia, the free encyclopedia

Abjad Fonetik Antarabangsa
Remove ads

Abjad Fonetik Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Phonetic Alphabet; singkatan: IPA)[1] atau singkatannya AFA[2] merupakan satu sistem tatatanda fonetik yang berasaskan tulisan Rumi. Ia telah direka oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa pada akhir abad ke-19 sebagai perwakilan bertulis yang piawai untuk bunyi-bunyi pertuturan.[3] Sistem tatatanda ini digunakan oleh ahli leksikografi, pelajar dan guru bahasa asing, ahli linguistik, ahli patologi pertuturan bahasa, penyanyi, pelakon, pencipta bahasa buatan, dan penterjemah.[4][5]

Fakta Segera Abjad Fonetik Antarabangsa, Jenis tulisan ...
Thumb
Carta rasmi AFA semakan tahun 2020

AFA direka untuk mewakili unsur-unsur pertuturan yang merupakan sebahagian daripada bunyi-bunyi leksikal (serta prosodi) dalam bahasa pertuturan, yang terdiri daripada: fon, intonasi, dan pemisahan suku kata.[3] Untuk mewakili unsur-unsur pertuturan tambahan seperti bunyi kertak gigi, bunyi lispa, serta bunyi-bunyi yang dibuat menggunakan sumbing lelangit, sebuah set simbol lanjutan juga digunakan.[4]

Sesuatu segmen ditranskripsi menggunakan satu atau lebih simbol AFA yang terdiri daripada dua unsur asas iaitu huruf dan diakritik. Contohnya dalam bahasa Inggeris, bunyi digraf ch mungkin ditranskripsi dalam AFA menggunakan satu huruf iaitu [c] atau dengan berbilang huruf dengan tambahan diakritik iaitu [t̠̺͡ʃʰ], bergantung pada setepat mana transkripsi ini diingini oleh seseorang itu. Tanda garis miring digunakan untuk menanda transkripsi fonemik; makanya /tʃ/ adalah lebih bersifat samar berbanding sama ada [t̠̺͡ʃʰ] atau [c] dan boleh merujuk pada salah satu transkripsi fonetik itu, bergantung pada konteks dan bahasa.[nota 1]

Seiring dengan perkembangan bidang fonetik, huruf atau diakritik pada carta rasmi AFA akan ditambah, dialih keluar atau diubah suai oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa. Setakat perubahan terbaharu pada tahun 2005,[6] terdapat 107 huruf bersegmen, sebilangan besar huruf suprasegmen yang tidak terhad, 44 diakritik (tanpa mengira komposit), dan empat tanda prosodi tambahan ekstraleksikal dalam AFA. Semua ini telah ditunjukkan pada carta AFA semasa, disiarkan pada rencana ini serta di laman sesawang rasmi Persatuan Fonetik Antarabangsa.[7]

Remove ads

Sejarah

Perkembangan AFA bermula pada tahun 1886, apabila sekumpulan guru bahasa dari Perancis dan United Kingdom yang diketuai pakar bahasa dari Perancis bernama Paul Passy, memebentuk satu pertubuhan yang bakal digelar Persatuan Fonetik Antarabangsa. Tujuan asal pertubuhan ini adalah untuk mereka satu set aksara fonetik berbeza bagi setiap bahasa, yang mana sesuatu aksara itu melambangkan bunyi yang berlainan antara satu bahasa dengan satu bahasa lain.[8] Contohnya, bunyi /ʃ/ (sy dalam syarat; sh dalam shoe) asalnya diwakili huruf <c> dalam bahasa Inggeris manakala bunyi sama diwakili huruf <x> dalam bahasa Perancis.[9] Meskipun begitu, atas sebab tertentu persatuan ini kemudian memutus untuk memastikan setiap satu daripada huruf-huruf ini sama bagi setiap bunyi dalam semua bahasa, iaitu jika sesuatu bunyi itu terdapat dalam beberapa bahasa tertentu, maka lambang yang sama patut dipakai untuk bunyi tersebut dalam semua bahasa. Lambang ini juga boleh diaplikasi pada bunyi-bunyi yang amat serupa.[10] Versi rasmi pertama AFA dikeluarkan pada tahun 1888, dua tahun setelah pembentukan Persatuan Fonetik Antarabangsa,[11] berdasarkan huruf Romik ciptaan Henry Sweet,[12][13] yang turut dibentuk daripada Phonotypic Alphabet ciptaan bersama Isaac Pitman dan Alexander John Ellis.[14]

Sejak penciptannya, penyusunan huruf vokal dan konsonan kebanyakannya dikekalkan bentuknya. Namun, huruf-huruf ini sendiri telah mengalami sediki pengubahsuaian. Konvensyen Kiel IPA yang dilangsungkan pada tahun 1989 banyak membawa perubahan pada versi 1932. Satu pengubahsuaian kecil dilakukan pada tahun 1993, melibatkan penambahan vokal tengah-tengah[15] serta penanggalan simbol bagi bunyi implosif tanpa suara.[16] Kali terakhir IPA diubah suai adalah pada bulan Mei 2005, yang mana aksara bagi kibasan bibir-gigi ditambah.[17]

Remove ads

Penerangan

Prinsip umum IPA adalah untuk menyediakan satu huruf untuk setiap bunyi yang tersendiri (segmen ucapan).[18] Ini bermakna bahawa:

  • Ia biasanya tidak menggunakan gabungan huruf untuk mewakili bunyi tunggal, seperti cara bahasa Inggeris menggunakan sh, th and ng, atau huruf tunggal untuk mewakili berbilang bunyi, cara x mewakili /ks/ atau /ɡz/ dalam Bahasa Inggeris.
  • Tiada huruf yang mempunyai nilai bunyi bergantung konteks, cara ⟨c⟩ dan ⟨g⟩ dalam beberapa bahasa Eropah mempunyai sebutan "keras" atau "lembut".
  • IPA biasanya tidak mempunyai huruf berasingan untuk dua bunyi jika tiada bahasa yang diketahui membezakannya, sifat yang dikenali sebagai "selektif". Walau bagaimanapun, jika sejumlah besar huruf yang berbeza secara fonemik boleh diterbitkan dengan diakritik, itu boleh digunakan sebaliknya.[15]
Remove ads

Abjad AFA

Konsonan

Konsonan pulmonik

Maklumat lanjut Yes, Daerah → ...

Konsonan bukan pulmonik

Maklumat lanjut DB, LD ...

Konsonan artikulasi serentak

n͡m
Bibir-gusi
ŋ͡m
Bibir-velar
t͡p
d͡b
Bibir-gusi
k͡p
ɡ͡b
Bibir-velar
q͡ʡ
Uvular-epiglotis
ɥ̊
ɥ
Bibir-lelangit
ʍ
Velar dilabialkan
ɧ
Bunyi sj
Sisian bermalar
ɫ
Gusi divelarkan

Vokal

Maklumat lanjut Depan, Pusat ...
Remove ads

Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi

Terdapat dua jenis tanda kurung utama yang digunakan untuk membatas transkripsi AFA:

Maklumat lanjut Simbol, Kegunaan ...

Tanda kurung berikut mempunyai penggunaan yang kurang biasa:

Maklumat lanjut Simbol, Penggunaan ...
Remove ads

Nota kaki

  1. Tanda sempang bawah t̠̺͡ʃʰ menspesifikkan bunyi itu sebagai belakang gusi (yang disebut sedikit ke belakang daripada batas gusi), tanda siku melintang terbalik menspesifikkan bunyi itu sebagai bunyi hujung lidah, dan tanda superskrip h menunjukkan yang ia dihembuskan. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan /tʃ/ dalam bahasa Inggeris kedengaran berbeza dengan /tʃ/ dalam bahasa Itali dan bahasa Sepanyol, yang merupakan laminal (disebut dengan menggunakan daun lidah) dan tidak dihembuskan [t̠̻͡ʃ]. Maka, [t̠̺͡ʃʰ] dan [t̠̻͡ʃ] merupakan dua bunyi berbeza tetapi seakan.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads