Bahasa Melayu Cocos

satu ragam bahasa Betawi dalam rumpun bahasa Betawik yang dituturkan oleh kaum Melayu Cocos yang berasal dari Kepulauan Cocos di Australia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bahasa Melayu Cocos ialah ragam bahasa Betawi dalam rumpun Melayu yang ditutur oleh orang Melayu Cocos dari Pulau Selma, Pulau Krismas, dan mereka yang asalnya dari Kepulauan Cocos.

Fakta Segera Melayu Kepulauan Cocos, Asli kepada ...

Bahasa Melayu Cocos dihasilkan daripada kreol Melayu terutamanya bahasa Betawi,[1] dengan pengaruh bahasa Jawa tambahan yang kuat. Bahasa Betawi ditawarkan sebagai bahasa kedua di sekolah, dan bahasa Indonesia mempunyai status yang prestiji; kedua-duanya mempengaruhi bahasa ini.[2][3] Terdapat juga pengaruh membesar bahasa Inggeris, memandangkan Kepulauan tersebut menjadi wilayah Australia dan globalisasi menghanyutkan istilah moden ke dalam bahasa harian. Pada tahun 2009, pelajar Melayu Cocos dilarang menggunakan bahasa mereka dan mereka yang melanggar peraturan ini akan didenda dalam bentuk "tiket bercakap" yang bermaksud mereka dikehendaki menjalankan kerja membersih di sekolah.[4] Walau bagaimanapun, bentuk sekatan bahasa ini ditamatkan pada tahun 2011.[5]

Ia mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Cucut (kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦕꦸꦕꦸꦠ꧀, translit. cucut, lit. 'jerung')
  2. Kates (kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦏꦠꦺꦱ꧀, translit. kates, lit. 'betik')
  3. Walikat (kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦮꦭꦶꦏꦠ꧀, translit. walikat, lit. 'tulang kipas')
  4. Ong (berasal daripada bahasa Jawa: ꦮꦺꦴꦁ, translit. wong, lit. 'orang', bentuk majmuk tidak pasti diri ketiga; ditutur seperti dalam bahasa Betawi, bahasa Jawa, dan bahasa Indonesia)[6]
  1. Gua (untuk mufrad diri pertama, dalam Melayu: saya)[n 1]
  2. Lu (untuk mufrad diri kedua, dalam Melayu: awak)[n 2][n 3]
  3. Kasi (kata kerja kausatif, dalam Melayu: memberi)
  4. Ada (ragam partikel progresif)
  5. Punya (kata penunjuk milik)
  1. Siang (dalam Melayu: tengah hari)
  2. Sore (dalam Melayu: petang[n 4])
Remove ads

Fonologi

Vokal [7]

Maklumat lanjut Depan, Tengah ...

Konsonan [7]

Maklumat lanjut Dwibibir, Gigi ...

Terdapat tiga cara penyebutan bahasa Melayu Cocos yang berbeza dengan bahasa Indonesia dan Melayu Pasar:[7]

  1. Bunyi uvular [ʁ] yang selalu berlaku antara vokal hadir dalam bahasa Melayu Cocos tetapi tidak dalam bahasa Indonesia dan Melayu Pasar.
  2. Konsonan tertentu, [f v ʃ z], yang berlaku dalam bahasa Indonesia tidak hadir dalam bahasa Melayu Cocos.
  3. Berkaitan dengan bunyi [h] dalam tiga bahasa ini, bunyi [h] dalam bahasa Melayu Cocos selalu digugurkan terutamanya dalam kedudukan awal perkataan. Contohnya termasuk:
Maklumat lanjut Indonesia, Melayu Cocos ...
Remove ads

Catatan

  1. kata "gua" dalam bahasa Betawi ialah kata pinjaman daripada bahasa masyarakat Hokkien Batavia
  2. kata "lu" dalam bahasa Betawi ialah kata pinjaman daripada bahasa masyarakat Hokkien Batavia
  3. kata "awak" dalam bahasa Melayu ialah kata pinjaman daripada bahasa Jawa: ꦲꦮꦏ꧀, translit. awak
  4. perkataan 'petang' dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Jawa: ꦥꦼꦠꦼꦁ, translit. pêtêng
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads