Bahasa-bahasa Ryukyu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa-bahasa Ryukyu
Remove ads

Bahasa Ryukyu (sebelum ini dieja Luchu) dituturkan di Kepulauan Ryukyu dan terangkum sebagai sebuah subkumpulan kecil dalam Rumpun bahasa Japonik. Ia juga secara kontroversinya ialah subkumpulan Bahasa Altai. Bahasa-bahasa Ryukyu dan bahasa Jepun menyimpang "tidak lama sebelum bukti-bukti bertulis yang pertama dari Jepun muncul iaitu dikatakan pada satu ketika sebelum abad ke-7".[2]

Fakta Segera Ryukyu, Etnik: ...
Remove ads
Thumb
Papan tanda slogan keselamatan trafik di Kin, Okinawa, ditulis dalam bahasa Okinawa dan Jepun.
Thumb
Papan tanda pasar di Naha, ditulis dalam bahasa Okinawa (merah) dan Jepun (biru).
Remove ads

Pengelasan

Bahasa-bahasa Ryukyu tergolong dalam keluarga bahasa Jepun, dan terkait dengan bahasa Jepun lazim.[3][4] Bahasa-bahasa Ryukyu tidak bersaling faham dengan bahasa Jepun, dan malah, sesama bahasa-bahasa Ryuku juga, dan biasanya digolong sebagai bahasa berasingan.[3] Walau bagaimanapun, demi kepentingan sosiopolitik dan ideologi, ia biasanya disebut sebagai dialek bahasa Jepun.[3]

Bahasa Okinawa memiliki kesamaan leksikal sebanyak 71% dengan bahasa Jepun baku; dialek Jepun paling selatan (dialek Kagoshima) pula memiliki kesamaan 72% dengan bahasa Ryukyu terutara (Amami). Dialek Kagoshima pula memiliki kesamaan 80% dengan bahasa Jepun baku.[5] Persetujuan bersama tercapai dalam bidang linguistik bahawa ada enam bahasa dalam Ryukyu,[6] dan loghat-loghat unik berdasarkan pulau juga kadangkala dikelaskan sebagai bahasa berasingan.

Hipotesis majoriti mengelaskan bahasa-bahasa Ryukyu kepada dua bahagian, Ryukyu Utara (Amami–Okinawa) dan Ryukyu Selatan (Miyako–Yaeyama).[4][7]

Remove ads

Taburan

Bahasa-bahasa Ryukyu ditutur di Kepulauan Ryukyu, bahagian paling selatan kepulauan Jepun.[3] Ada empat kumpulan pulau utama dalam kepulauan ini: Kepulauan Amami, Kepulauan Okinawa, Kepulauan Miyako dan Kepulauan Yaeyama.[3] Kepulauan Amami berada di bahawa pentadbiran Wilayah Kagoshima sementara yang lain berada di bawah Wilayah Okinawa.[3]

Status

Tiada data bancian bagi jumlah penutur, dan jumlah penutur setiap bahasa adalah tidak diketahui.[7] Setakat 2005, jumlah penduduk kawasan Ryukyu ialah kira-kira 1.45 juta orang, tetapi penutur fasih adalah terhad kepada generasi tua, terutamanya warga 50-an dan ke atas, dan dengan itu, jumlah penutur bahasa Ryukyu dikira jauh lebih rendah.[7] Kesemua bahasa Ryukyu disenaraikan dalam senarai bahasa terancam UNESCO, dan menyatakan bahawa semua bahasa Ryukyu dijangka pupus menjelang 2050.[8]

Rujukan

Loading content...

Bacaan lanjut

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads