Bahasa Slovak

bahasa Slavik Barat From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa Slovak
Remove ads

Bahasa Slovak (slovenčina, slovenský jazyk) merupakan sebuah bahasa Indo-Eropah yang di bawah kumpulan bahasa Slavik Barat (bersama dengan Bahasa Czech, Bahasa Poland, Bahasa Kashubia dan Bahasa Sorbia).

Fakta Segera Slovak, Asli kepada ...

Bahasa Slovak dituturkan di Slovakia (oleh 5 juta orang), Amerika Syarikat (500,000, penghijrah), Republik Czech (320,000, desebabkan oleh bekas Czechoslovakia), Hungary (20,000), Utara Serbia-Vojvodina (60,000, desebabkan oleh Empayar Austria-Hungary), Romania (22,000, disebabkan oleh Empayar A-H), Poland (20,000), Kanada (20,000, penghijrah), Australia (penghijrah), Austria, Ukraine, Bulgaria, Croatia (5,000) dan beberapa buah negara yang lain.

Remove ads

Abjad

Satu catatan untuk para pengguna wikipedia Bahasa Melayu: Semua vokal Bahasa Slovak, tetapi tiada konsonan yang khas untuk Bahasa Slovak (iaitu tiada č, ď, ľ, ĺ, ň, ŕ, š, ť, ž) terdapat dalam enkoding Latin-1.

Bahasa Slovak menggunakan sejenis modifikasi adjad Latin. Modifikasi ini termasuk 4 diakritikal (ˇ, ´, ¨, ^) diletakkan di atas sesetengah huruf.

Susunan leksikografik bagi abjad Slovak adalah mirip Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: A B C D DZ E F G H CH I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z. Namun huruf yang penuh membenarkan diakritik (huruf yang ada diakritik sering ada di belakang huruf yang tiada diakritik) dan adalah seperti berikut: a á ä b c č d ď dz dž e é f g h ch i í j k l ľ ĺ m n ň o ó ô p q r ŕ s š t ť u ú v w x y ý z ž. Sila ambil perhatian bahawa dz, dž, dan ch dikira sebagai satu huruf dan ch mengikut h (bukan c). Huruf-huruf "q", "w", "x" hanya digunakan dalam perkataan pinjaman, tidak dalam perkataan Slovak asli.

Huruf-huruf dipisahkan seperti berikut:

  • Vokal: a á ä e é i í o ó y ý u ú (+ r ŕ l ĺ).
  • Diftong: ia, ie, iu, ô.
  • Konsonan: b c č d ď dz dž f g h ch j k l ľ ĺ m n ň p q r ŕ s š t ť v w x z ž. Konsonan-konsonan r, l, ŕ, ĺ kadangkala dikira vokal dalam sesetengah keadaan.
Remove ads

Dialek

Thumb
Penggunaan rasmi bahasa Slovak di Vojvodina, Serbia

Terdapat banyak dialek Slovak yang terbahagi kepada empat kelompok dasar berikut:

  • Dialek Timur Slovak (di Spiš, Šariš, Zemplín dan Abov)
  • Dialek Tengah Slovak (di Liptov, Orava, Turiec, Tekov, Hont, Novohrad, Gemer dan Kaunti Zvolen yang bersejarah)
  • Dialek Barat Slovak (di bahagian Slovakia yang tinggal: Kysuce, Trenčín, Trnava, Nitra, Záhorie)
  • Dialek Tanah Rendah (dolnozemské) Slovak (di luar Slovakia di Lembangan Pannonia di Vojvodina Serbia dan di tenggara Hungary, barat Romania dan bahagian Croatia di Syrmia)
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads