Bahau

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahaumap
Remove ads

2°49′N 102°25′EBahau ialah sebuah bandar di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Pusat bandarnya yang bersaiz sederhana terdapat satu jalan utama (Jalan Besar ) dan 4 lagi jalan lain , dan sebuah stesen bas ,dan sebuah stesen keretapi KTM.

Fakta Segera Negara, Negeri ...

Stesen bas disini menempatkan bas United, Eng Giap, dan SKB. Stesen keretapi Bahau pula adalah bagi line Pantai Timur iaitu line Gemas - Bahau - Mentakab - K.Lipis - Tumpat.

Bandar ini berkembang dan kini terdapat Kiara Square, pasaraya Lotus's , pasaraya Econsave, Pasaraya NSK dan Pasaraya Zemart. Restoran makanan segera seperti KFC, MCD, Marrybrown, PizzaHut, Dominos dan Subway juga terdapat di dalam bandar ini. Kawasan komersial Taman ACBE dan Taman Sornam yang bersebelahan dengan SK St Aidan memanjangkan lagi kawasan bandar ini, dan kini bangunan komersial baharu sedang dibina berhampiran dengan SMK Datuk Mansor lalu menjadikan bandar ini sibuk dengan ramai penghuni.

Bandar Bahau adalah destinasi membeli-belah utama bagi penduduk penduduk dari gugusan ladang sawit dan getah Felda yang luas dari mukim Pasoh, Sg Lui, Serting, dan Palong. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, perladangan , diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Antara tempat yang menarik di sini ialah Teratak Za'ba, Jalan Penarikan dan Bukit Taisho.

Terdapat sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jambu Lapan dimana wujudnya laluan bersejarah yang lebih dikenali sebagai jalan Penarikan. Berdasarkan sumber maklumat yang boleh dipercayai, Hang Tuah, pahlawan dari Melaka yang terulung, sering menggunakan laluan ini.

Thumb
Sebuah Pusat Membeli Belah Bahau
Remove ads

Demografi

Penduduk Bahau secara amnya terdiri daripada majoritinya kaum Cina, Melayu (dari kawasan Felda di pinggir bandar) dan India, yang tinggal di kawasan bandar dan ladang-ladang di pinggir.

Thumb
Gerai majalah di Bahau

Pendidikan

Thumb
Menara Kecil Jam Bahau
Remove ads

Pengangkutan

Jalan

Bahau dihubungkan melalui jalan persekutuan dan batang jalan ke Kuala Pilah, Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan manakala Kemayan atau Sungai Lui di Pahang.

Keretapi

Bahau boleh diakses melalui kereta api, yang merupakan salah satu stesen utama di landasan keretapi Pantai Timur yang bermula dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Stesen kereta api tersebut terletak berhampiran Taman Kwang Hup.

Kawasan bandar

Mahsan, Jelai dan Rompin, merupakan kawasan di pinggir bandar yang memendekkan jarak perjalanan dari Bahau.

Thumb
Jalan untuk ke Kuala Pilah

Taman Perumahan

  1. Taman Bahau
  2. Taman Rasa Sayang
  3. Taman Cempaka
  4. Taman Angkasa
  5. Taman Khaya
  6. Taman Kwang Hup 2
  7. Taman Margosa
  8. Taman ACBE
  9. Taman Seri Jempol
  10. Taman Satelite 2
  11. Taman Serting Jaya
  12. Taman Kepayang
  13. Taman Putra
  14. Taman Meranti
  15. Taman Bidara
  16. Rumah Rakyat Jambu Lapan
  17. Taman Desa Puteri
  18. Taman Kasih Putra
  19. Taman Satelite
  20. Taman Desa Penarikan
  21. Taman Sornam
  22. Taman Tunku Puan Chik
  23. Bandar IOI Bahau
  24. Taman Juara

Kampung

  1. Kampung Pak Ka Choon
  2. Kampung Batu Bakar
  3. Kampung Cina, Bahau
  4. Kampung Bukit Laka
  5. Kampung Kuala Jempol
  6. Kampung Padang Lalang
  7. Kampung Bukit Kelulut
  8. Kampung Lonek
  9. Kampung Indah, Bahau

Bandar Berdekatan

  1. Mahsan
  2. Juasseh
  3. Rompin
  4. Dangi
  5. Batu Kikir
Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads