Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel ([Herschel Space Observatory] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)) ialah sebuah balai cerap angkasa yang dibina dan dijalankan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA), aktif dari 2009 hingga 2013. Ia merupakan teleskop inframerah terbesar pernah dilancarkan,[2] membawa satu cermin 3.5-meter (11.5 ka)[2][3][4][5] dan alat yang sensitif terhadap jalur gelombang inframerah jauh dan submilimeter (55–672 µm atau 0.0022–0.0265 in). Herschel merupakan misi "asas" keempat dalam program sains ESA, bersama dengan Rosetta, Planck dan Gaia. Amerika Syarikat, melalui NASA, turut serta dalam program ini.[6]
Balai cerap ini dibawa ke orbitnya pada Mei 2009, di titik Lagrange kedua (L2) sistem Bumi-Matahari, 1,500,000 kilometer (930,000 bt) dari Bumi, lebih kurang dua bulan kemudian. Herschel dinamakan bersempena Sir William Herschel, penemu spektrum inframerah dan planet Uranus, dan adiknya dan rakan usaha sama Caroline Herschel.[7]
Balai cerap ini mampu melihat objek paling sejuk dan berhabuk di angkasa lepas; contohnya, kokun dingin di mana bintang terbentuk dan galaksi berhabuk yang baru mula membesar dengan bintang baharu.[8] Balai cerap ini menyaring awan membentuk bintang—"periuk masak perlahan" ramuan bintang—bagi menyusur laluan di mana molekul membentuk makhluk, seperti air, mungkin terbentuk.
Jangka hayat teleskop ini bergantung kepada jumlah bahan pendingin bagi alat-alatnya; apabila pendingin ini habis, peralatan tidak dapat berfungsi dengan baik. Semasa pelancarannya, ia dijangka dapat beroperasi selama 3.5 tahun (sekitar akhir 2012).[9] Ia terus berfungsi sehingga 29 April 2013, apabila Herschel kehabisan bahan pendingin.[1]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads