Bali (provinsi)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bali ialah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian barat Kepulauan Nusa Tenggara dan beribu negeri di Denpasar. Pulau Bali, yang merupakan pulau terbesar di Provinsi Bali, memiliki beberapa gelaran, seperti Pulau Dewata dan Pulau Seribu Pura.[5] Di awal kemerdekaan Indonesia, pulau ini termasuk dalam Provinsi Sunda Kecil yang beribu negeri di Singaraja. Kini ia terbahagi menjadi 3 provinsi, iaitu Bali, Nusa Tenggara Barat, dan Nusa Tenggara Timur.[6][7] Pada tahun 2020, penduduk provinsi Bali berjumlah 4.317.404 orang, dengan kepadatan 747 orang/km2, dan pada akhir 2023 berjumlah 4.344.554 orang.[8][9]
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bali

Selain terdiri dari pulau Bali, provinsi Bali juga terdiri daripada pulau-pulau lebih kecil di sekitarnya, iaitu pulau Nusa Penida, pulau Nusa Lembongan, pulau Nusa Ceningan, Pulau Serangan, dan Pulau Menjangan. Secara geografi, Bali terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Majoriti penduduk Bali ialah penganut Hindu.[9] Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia.
Remove ads
Geografi
Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.
Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. Gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.
Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.
Remove ads
Sejarah
Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrah dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.
Pada zaman kerajaan Majapahit, hampir seluruh nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.
Penjelajah Eropah pertama yang menemui Bali ialah Cornelis de Houtman dari Belanda pada 1597. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.
Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.
Remove ads
Agama
Bilangan penduduk Bali ialah lebih kurang empat juta, dengan sebanyak 86.53% merupakan penganut Hindu. Agama lainnya termasuk Islam 10.20%, Kristian 2.58% dan Buddhisme 0.68%.
Pemerintahan
Daftar Daerah Tingkat II di Bali
- Badung
- Bangli
- Buleleng
- Denpasar, ibu kota
- Gianyar
- Jembrana
- Karangasem
- Klungkung
- Tabanan

Gabenor
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads